Tuesday, February 11, 2014

~Salah Satu Wishlist Untuk Rumah Tercapai~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Wah hari ni mood rajinler bila ada tiga entri untuk hari ini ye.  Gigih menaip masa lunch hour tadi memandangkan tak keluar makan.  Mira Mokhtar tinggalkan saya keseorangan!!!Merajuk!  Untuk mengisi masa lapang salah satunya adalah menulis blog!

Okey, nak cerita dan berkongsi bukan untuk niat lain.  Takut disalahtafsir.  Itu perkara yang paling digeruni.  Seperti yang sedia maklum, aku ada salah satu impian untuk teratakku.  Alhamdulillah, akhirnya impian itu terlaksana.  Sedang dalam proses pembikinan dan in sha Allah akan terlaksana sepenuhnya.

Semalam secara rasminya kerja-kerja ini telah dijalankan.  Tunggu saja hasilnya nanti.  Ini adalah projek yang entah berapa tahun lagi akan diusik rumah tu.  Mungkin sampai aku dengan laki aku pencen.  Hehehe..Buatlah mana yang termampu.  Aku dan asben bukan dari orang yang senang.  Jadi kenalah berkerah untuk mendapatkan sesuatu.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar.  Amin...

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Nanti bersambung lagi dengan cerita daripada aku ye.  Nak cerita pasal binatang peliharaan di rumah.  Hehehe..Tunggu...Sekian..

Wassalam...






                                                                                                          

3 comments:

adianiez AIDA said...

wah! tambah dapur ke?

.:fyzz:. said...

kak aida buat umah kt tanah sendiri ke..bestnya..tahniah

.:fyzz:. said...

eh silap..fyda..komen tadi sila abaikan..fyzz nk tnya..rumah fyda nih buat kt tanah sendiri ke..msti besar n cantik..:)))..nnti citer lagi ya