Tuesday, February 18, 2014

~Misi Mencari Kabus Rindu~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Hola!!Lebih kurang dua puluh minit mahu pulang.  Fikiran sudah melayang teringat kat rumah.  Sejurus keluar pejabat, seperti biasa menjemput anak-anak di rumah mak.  Kemudian bergegas pulang ke rumah pula.  Begitulah rutin harianku.

Tengahari tadi merajinkan diri keluar ke Mydin.  Seperti biasa bersama Mira Mokhtar.  Kak Nisah tidak ada kerana berkursus.  Tujuan utama ke sana mahu menerjah Kedai Buku MPH.  Hati sudah berkobar-kobar mahu mencari Kabus Rindu karya Kak Mon.  Mata melilau mencari buku tersebut pada setiap rak.  Hampa.  Ditanya pada orang kedai itu, rupanya tidak ada stok di Melaka.  Menangis dalam hati.  Tapi bila Mira Mokhtar 'Relaxlah, kak.', aku pun berlagak untuk relax.  Hehehe...Aku sudah pun membuat pesanan pada MPH.  Kak Mon, tunggu Kabus Rindu itu berada dalam genggaman kami.  Akan diwar-warkan sebaik sahaja kami mendapatkannya.

Untuk mengubat kekecewaan kerana tidak dapat Kabus Rindu, asam pedas ikan pari dijadikan santapan tengahari tadi.  Alhamdulillah, kenyang untuk hari ini.  Adakah kenyangnya sampai ke malam?Mungkin tidak.  Mari fikir untuk makan malam pula...

Itu sahaja cerita untuk petang ini sementara mahu menunggu waktu pulang.  Sekian dulu.  nanti bersambung dengan entri lain pula.

Wassalam...

Love,





                                                                                                          

No comments: