Monday, February 24, 2014

~Renovation Rumah Hampir Siap~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari...Hola...Hari ini mood rasa macam suam-suam kuku je.  Adoilah.  Sebab hari isnin ke?Atau sebab terlampau letih menyebabkan mood jadi begini.  Dua hari di rumah macam-macam kerjaan yang aku buat.  Yelah, hujung minggu je yang dapat berkemas.  Itupun kalau datang mood rajin.  Biasalah aku kalau nak buat sesuatu kena ada mood.  Korang macam tu aku jugak tak? Kalau tak ada mood memanglah tak jadi satu apa pun.

Minggu ni dah masuk minggu ketiga rumah aku diubahsuai sedikit di kawasan luar rumah.  Adalah wishlist yang disempurnakan untuk awal tahun ini.  Kemudian ada tambah sedikit perubahan di kawasan porch.  Sekarang sudah hampir siap.  Selesai semuanya bolehlah berkemas!  Rasa dah semak sangat kawasan rumah aku dengan pasir, batu bata dan simen.

Mari tengok serba sedikit kawasan yang diubahsuai.  Tak ada apa yang menarik pun, sekadar berkongsi.

Kawasan depan bilik utama.

Tembok tu sudah ditutup habis.

Tembok sebelah sini pun sudah ditukar.

Ini untuk beranda.  Pilih batu rupa ini.

Inilah kawasan beranda.  Bolehlah nanti beristirehat.

Aku ambil dari dalam bilik.

Kawasan belakang rumah.  Besarkan sedikit ruangnya dan alihkan longkang.

 
Sudah jadi seperti ini. 

 
Sebelah tepi rumah pun dialihkan longkangnya.

Sudah jadi seperti ini.  Longkang yang telah diselarikan. 

Ini pula bahagian porch yang sedang dipasang tiles.  Sebelah depan sudah siap sepenuhnya hingga ke bahagian tepi rumah.  Tinggal sedikit lagi di belakang mahu dipasang tiles.  Itulah sahaja.  Nanti bila sudah siap sepenuhnya akan aku ceritakan lagi.  Sekian dulu...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

1 comment:

Amir renovation said...

Assalam tuan/puan. Sila hubungi sy sekiranya memerlukan tukang renovat rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,sambung rumah,buat porch,grill dn owning,waterprofing,lantai vinyl dan wallpaper,landskap dan air terjun. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,puchong,semenyih,ampang,bndr sri putra,dan nilai.hubungi no sy 0192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)