SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, February 26, 2014

~Bekalan Untuk Hari Ini~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Holla...Lagi setengah jam mahu pulang.  Mata sudah melayu.  Mengantuk tahap maksima ni.  Kenapakah? Adakah sebab kekenyangan  Mungkin juga.  Tapi memang tak boleh nak dibendung-bendung lagi tahap kemengantukan ni.  Entri aku asal kat opis mesti mengantuk.  Memang pun.  Sudahlah sejuk terlampau kat sini.  Huh!!!

Okey, nak cerita mengenai kerajinan yang telah merasuk ke dalam tubuh aku sejak semalam.  Hari ini pergi kerja macam nak pergi berkelah.  Bawak angel hair goreng, bawa sambal ikan bilis, bawa nasi dan bawa diri.  Huahuahua.  Ok serius tak lawak...

Seawal jam 5.15pagi aku sudah tersedar dari lenaku.  Cewahh macam tulis novel pula.  Jam yang menjerit aku snoozekan.  Uwahhh rasa macam baru tidur.  Jam dah berbunyi.  Sudahnya bangkit jam 5.40 pagi setelah beberapa kali disnoozekan alarm itu.  Usai mandi terus ke dapur untuk berkungfu dan inilah hasilnya...

Ini sambal ikan bilis malam tadi aku masak.  Dek kerana kelaparan aku masak sambal ikan bilis petai.  Makan dengan nasi panas-panas.  Wallaaaa...So tadi aku bawa juga sambal ikan bilis dengan nasi untuk makan tengahari.

Untuk aku dan asben aku goreng angel hair.  Ini untuk sarapan pagi.

Untuk anak dara aku bekalkan roti telur.  Ammar pula aku bekalkan angel hair dan roti telur.  Tapaukan untuk mak dan ayah aku sekali.  Itulah kisah aku untuk hari ini.  Bila datang rajin semuanya menjadi.  Bersambung lagi ye.  Sekian dulu.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                           

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart