Monday, February 24, 2014

~Minggu Akhir Februari~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Hola...Isnin di minggu akhir februari. Sekejap je masa berlalu. Hari ini baru dapat menonjolkan diri. Hujung minggu tak berapa nak sempat untuk menjengah blog sendiri. Urusan rumah banyak yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Basuh baju, sidai baju, lipat baju semua berkaitan dengan bajulah. Hihi. Lepas tu buatlah kerja-kerja lain. Menjelang malam mata sudah minta direhatkan. Kehabisan tenaga.


Pagi yang tenang buatku hari ini. Tidak terkejar-kejar. Sampai pejabat pun sedikit awal daripada kebiasaan.


Ini menu untuk sabtu. Masak sambal telur, sayur campur, sup ayam dengan cekodok. Semalam masak lempeng. Siang tak masak sebab keluar bawa mak aku ke Mydin. Asben pula kerja.


Ini ammar masa makan di Mydin.


Adriana yang teringin makan mee sup.


Sebelah malam aku buat roti sosej telur. Makanlah kami anak beranak bersama mak yang kebetulan ada di rumah.

Itulah cerita aku hujung minggu lepas. Walaupun penat dengan kerja rumah tapi hati tetap gembira. Sekian dulu..

Wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

1 comment:

Kakzakie said...

Masa berlalu cepat Fida. Makan pun dah macam-macam masuk perut. Anak pun tahu-tahu dah makin bijak..