Monday, September 19, 2011

~Perjalanan Kami Yang Sangat Jauh - Day 1~

Salam kepada semua bloggers yang sudi menyinggah di blogku ini...

Nak cerita berkenaan cuti 3 hari yang lepas.  Ke manaku??Ke manakah destinasiku?Aku ada buat entry di sini.  Pada sesiapa yang ada baca entry tue mesti sudah tahu ke mana destinasi aku sekeluarga.

Khamis pagi yang lepas, aku dan family aku bertolak ke Kelantan untuk menghadiri perkahwinan dua pupuku.  Sepatutnya nak bertolak pukul 9 pagi tapi haruslah ada drag masa.  Lebih-lebih lagi family aku sebab nak menguruskan 2 askar.  Baru 2 orang askar macam haru-biru.  Kelam kabutlah sikit.
Siap-siap semua kita orang bertolak dalam pukul 10 pagilah jugak.  1 jam dah drag masa.  Perjalanan pun bermula...Off to Kota Bharu, Kelantan.  Yihaaaaaa...

Jom tengok beberapa keping gambar untuk trip kami ke Kelantan - Day 1. 

Kereta adik aku.  Perasan pulak mamat nie aku amik gambar.
Aku di dalam kereta menuju ke destinasi yang jauh.  Kira holidaylah jugak.  Untuk yang pertama dalam tahun ini.
Mr drebar.  Fokus yea bang.  Kami mahu sampai dengan selamatnya.
Aku yang yang co-pilot.  Bohsan yang amat.  Nak lelap tapi tahan mata.  Aku kena teman orang sebelahku untuk berbual-bual.
Ammar sedang nyenyak tidur di belakang bersama nenekanda.  Adriana naik kereta adik aku. 
Ammar sudah bangun!!!
Berkonvoi...Kereta biru di belakang kereta adik aku...
Ammar nak meniarap pulak.  Ingat kat rumah ke nak oi...
Kami berhenti rehat sebentar bersama kit kat untuk makan tengahari.  Bawak bekal dari rumah yea. Jimat!!
Adik ipar aku sedang makan nasi goreng yang dimasak oleh kakak iparnya.  Kahhhhh
Makan cepat. Nak meneruskan perjalanan lagi.
Mama dan ammar, my little hero.
Makan jangan tak makan.
View Sungai Pahang..
Meneruskan perjalanan kami...
Bilalah nak sampai...Dah kematu montot nie!!!Dah macam-macam posisi aku duduk.
Hilangkan ngantuk amik gambar.
Kat mana aku amik gambar nie pun aku dah lupa.  Dah amik haruslah letak kan??
Kami selamat sampai di Kelantan jam 10 malam.  Kami check in hotel dulu.  Then kami pergi menunjukkan muka kejap ke rumah mak cik aku.  Dia pun suruh datang dulu ke rumahnya.  Suruh makan kat sana jea.

Lepas tue balik semula ke hotel, masing-masing udah terbongkang.  Meregang-regangkan otot dan melurus-luruskan kaki.  Yang tak drive pun letih.  Apatah lagi orang yang jadi drebar.  Lagilah penat.  Tengoklah budak 2 orang sudah terbongkang.  Kepenatan kan jalan jauh.  Ammar dapat jea katil mulalah lakukan aksi golek-goleknya.  Maklumlah duduk dalam kete tak boleh nak golek-golek, tak boleh nak pusing-pusing.

Note>>Oklah, entry untuk hari ke dua kami di Kelantan akan menyusul.  Pergi jauh-jauh penyakit 'M' dari dalam diriku ini...Syohhhhhhhh

4 comments:

adianiez AIDA said...

yes! citer ekk pasal journey korang ke kelantan. sebab end of this year aida nak holiday ke kelantan gaks hi h hi... especially tempat melawat & tempat shopping!!

Mrs. Simplicity said...

melaka kelantan mak ai, penat tu fidah! belum marathon sejauh itu lg..

@lfidah @dim said...

aida,insyallah akan dipost entrynya di sini..tgh nak upload gmbr..alah tapi x byk pi melawat pun..

alya,1st time travelling untuk ammar. perjalanan yg sangat jauh untuk dia..memang penat tapi sgt enjoy!!;-)

Ya ALiya said...

belum pernah sampai kelantan lagi.......