Pages

Friday, September 30, 2011

~Homemade Puree For Ammar~

Salam Mommies dan Bloggers....

Hari nie hari jumaat.  Seronok kan??Aku suka hari jumaat sebab weekend boleh berehat-rehat di rumah bersama anak-anak.  Kali ini saje nak share pasal solid food untuk Ammar.  Ammar dah mula makan.  Sekarang ammar pun dah masuk 7 bulan. 

Aku suka bila tengok ammar makan bila aku suap.  Risau gak masa mula-mula nak bagi dia makan.  Yelah, bukan apa takut dia jadi macam kakak dia yang tak nak makan dan susah nak makan.  ikut perangai mamalah sebab aku nie memilih makan gak.  Jadi, bila jadi kat anak macam peel mamanya, haruslah mamanya susah hati kan.  Macam tuelah mak aku susah hati kan aku masa dolu-dolu.

Kali nie aku cuba bagi ammar makan yang homemade oleh mamanya jea.  Lebih terjamin buat anak kita bukan.  Tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan. :-)

Oklah, di sini aku tunjukkan homemade puree untuk si kecilku, ammar.  Aku buatkan puri lobak untuk ammar.  Cara-caranya amat mudah dan lebih menjimatkan masa.  Beginilah cara untuk membuat puri.  Aku pun belajar dari internet jugak.

Langkah pertama untuk membuat puri lobak, mula-mula buang kulit dan potong lobak yang hendak dijadikan puri.  Kemudian, rebus sehingga agak lembut. Tunggu sejuk seketika dan kemudian blend lobak tadi beserta air rebusannya di dalam pengisar sehingga halus.

Lobak yang sedang direbus.  Minimumkan penggunaan kuantiti air.

Selepas lobak agak-agak lembut, sejukkan sebentar.  Kemudian bolehlah di blend gunakan air rebusan tadi.

Kita blend sampai halus yea..

Sudah blend kita letakkan dalam ice tray ang bertutup.  Yang untuk dimakan kita asingkanlah.  Lebihnya kita letak di dalam ice tray untuk digunakan keesokkan harinya.  Gamabar sebelum puri dibekukan terlupa nak ambil.  Dah kuarkan baru teringat.  Jadinya tunjuk bekas kosong jealah.;-)


Puri lobak yang telah dibekukan dipindahkan ke dalam bekas lain sebab ice tray itu bolehlah digunakan untuk membuat puri yang lain.  Yang sebelah itu puri kentang.  Tiba-tiba pulak ada puri kentang.  Hehehe.  Puri ini boleh dimasukkan ketika memasak bubur atau boleh dipanaskan dan diberi begitu sahaja kepada bayi anda.

Makanan bayi beku sangatlah praktikal buat ibu-ibu yang bekerjaya. Memandangkan aku jugak seorang yang bekerja jadi aku kenalah membuat frozen food untuk Ammar.  Cuma luangkan 1 jam waktu hujung minggu anda, untuk menyediakan makanan beku bayi yang kemudiannya dimasukkan ke dalam bubur nasi bayi setiap pagi sebelum ke pejabat. Sudah tentulah makanan itu lebih segar daripada kita beli yang instant bukan?  Yang segar adalah lebih baik untuk si kecil anda.  Setiap orang mahu lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Apa-apa pun selamat mencuba untuk ibu-ibu yang bekerja seperti saya...poyos jea..hehehe

No comments: