Thursday, September 29, 2011

~Dapur Pilihanku~

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...

Kalau semalam aku ceritakan pasal dapur idaman yang diimpikan oleh setiap wanita, hari ini aku nak cerita pasal dapur pilihanku sendiri.  Secara tidak langsung menjadi dapur idaman buat diriku sendiri.  Bukanlah utuk menayang atau menunjuk.  Sekadar berkongsi.  Dapur pun hanyalah sekangkang kera jea.  Tidak ada yang nak dibanggakan pun.  Walaupun dapurku hanyalah sekangkang kera cukuplah buat diriku dan asben.  Masih muat untuk aku memasak di dapur.  hehehe...

Sudah 5 bulan aku duduk rumah baru.  Baru nielah berkesempatan nak cerita pasal kabinet dapur ku.  Inilah kabinet dapurku.  Tema merah+hitam.  Kenalah cari warna yang gelap-gelap memandangkan aku nie kadang ada penyakit 'M' yang bertenggek kat aku.  Simple jea dapur aku nie tapi aku sukalah dengan pilihan dan rekabentuk kontraktor nie.  Masih menepati citarasa akulah.

Inilah ruang dapurku setelah dibuat kabinet.

Suasana meriah amat penting untuk meningkatkan sifat rajinku dalam memasak.  Kahhhhhh

Ruang agak terhad.

Ini tempat untuk meletak botol-botol.

Tempat letak pinggan mangkuk.

Abaikan keserabutan dalam gambar ini. :-) Pinggan mankuk belum tersusun waktu nie.  Aci tak alasan nie?So, inilah kabinet dapurku.  Di sinilah tempatku berpenat lelah bersilat menyediakan juadah untuk kami sekeluarga di samping mencuba resipi-resipi baru.  Itu pun kalau tengah datang aura rajin.  Kalau dapur cantik dan kemas kita pun ada semangat sikitlah nak memasak kan.  Betul tak?

Oklah sekian dulu cerita kisah dapurku. 

Alfidah Adim
apen-idariana.blogspot.com

5 comments:

cik dah faridah said...

cantik..bhgian rak botol........blum berpeluang dpt dapur idaman...skg pun duk umah kg jer..umah mertua plk tu....

Zefa NorAsmara said...

Singgah ziarah..

Betul3x.. Canteq dapur serba merah. Kami beli rumah atas tangan dah ada kabinet. Terima jelah seadanya.. :D

fiza said...

Merah menyala, tapi cantik, kemas jer. Bilalah bley dpt dapur mcm nih...huhuhuhu...

~aSFaLiZa~ said...

cantik la kak. tgh kumpul duit ni nk buat jugak. huhuhu. duit duit duit

Siti said...

merah menyala dapo dia... sgt cantik sekali.. =)