Pages

Monday, December 28, 2009

Contest:"Curious kids need to be tough inside"



Sistem Imunisasi Badan

Sistem imunisasi badan adalah sangat penting kepada anak-anak kecil..Jika sistem imunnya tidak kuat, ia sangat mudah dijangkiti pelbagai jenis virus dan bakteria..dan ia sangat mudah mendapat penyakit. Persekitaran hidup kita yang terdedah dengan "musuh kecil" seperti virus, bakteria dan lain-lain boleh menyerang kita pada bila-bila masa sahaja.


Anak-anak kecil yang belum mempunyai sistem imun badan yang kuat dan stabil mudah mendapat sebarang jenis jangkitan pada mereka. Selain mendapatkan pengimunan atau pelalian, kita juga boleh melindungi sistem imun anak-anak kita dengan memberi mereka makanan berkhasiat, menjaga kebersihan dan imunisasi.



Jika sistem imun badan anak-anak kita kuat dan telah matang, jadi kita tidak perlu risau jika anak-anak kita melakukan perkara-perkara yang mereka gemari seperti bermain di taman dan sebagainya. Anak-anak kita mampu melawan pelbagai jenis "musuh kecil" itu. Jadi anak-anak kita tidak mudah mendapat selsema, batuk mahupun demam.


Pada asasnya, badan anak-anak kita boleh dilindungi sendiri menerusi sistem pertahanan badan – yang terbina daripada rangkaian sel, tisu dan organ. Sistem imun kita melindungi kita, mula-mula dengan membina benteng sekatan – yang menghalang ‘penyerang’ daripada memasuki badan kita. Benteng sekatan ini mematahkan serangan daripada luar badan kita.

Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan sistem imun badan anak-anak kita. Antaranya adalah cara yang saya lakukan untuk anak saya :

  1. Susu Ibu-ianya adalah sangat baik untuk anak-anak anda kerana susu ibu mempunyai khasiat yang selengkapnya untuk menghindarkan anak-anak kita dari dijangkiti penyakit.
  2. Pemakanan yang baik-kita perlu memberi anak-anak kita pemakanan yang baik dan bagus untuk membina sistem pertahanan yang kuat. berilah anak-anak kita makanan yang seimbang. galakkan anak-anak kita untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan antioksidan yang secukupnya.
  3. Cukup tidur dan rehat-kita perlu pastikan anak-anak kita mendapat tidur dan rehat secukupnya. kurang rehat dan tidur boleh melemahkan sistem imun badan
  4. Mengamalkan gaya hidup aktif-menggalakkan anak-anak kita keluar untuk bermain2 di luar sesekali untuk mendapatkan vitamin D dari cahaya matahari
  5. Mendapatkan imunisasi-menerusi vaksin anak-anak kita dapat membina benteng pertahanan menetang penyakit
  6. Kesejahteraan emosi-selalu bergurau senda dengan anak-anak kita untuk mengurangkan stress mereka. Jika mereka gembira ia akan meningkatkan keimunan badan mereka.
  7. Minum air-galakkan mereka sentiasa minum air putih secukupnya.
  8. Supplement-berilah anak-anak kita vitamin tambahan seperti Scott's Emulsion.
  9. Gaya hidup yang sihat-sentiasa amalkan mencuci tangan sebelum memegang anak-anak anda. mencuci botol susu anak-anak anda dengan sebaik mungkin. setiap kali menggunakan botol sterilkan terlebih dahulu untuk membasmikan kuman-kuman yang ada.
  10. Persekitaran-sentiasa pastikan bahawa persekitaran rumah dan sekeliling adalah bersih. Persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan kuman mudah merebak dan ia akan mudah menjangkiti anak-anak kita.


Jom ramai-ramai join contest nie. Maklumat lanjut KLIK DI SINI
Banyak hadiah yang menarik menanti anda.


No comments: