Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Tiara Beach Resort-Part 2
Tuesday, December 29, 2009
Kepulangan Yang Dinanti
Monday, December 28, 2009
Contest:"Curious kids need to be tough inside"
"Curious Kids Need To Be Tough Inside"
Organized By :
Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Jika sistem imun badan anak-anak kita kuat dan telah matang, jadi kita tidak perlu risau jika anak-anak kita melakukan perkara-perkara yang mereka gemari seperti bermain di taman dan sebagainya. Anak-anak kita mampu melawan pelbagai jenis "musuh kecil" itu. Jadi anak-anak kita tidak mudah mendapat selsema, batuk mahupun demam.

Pada asasnya, badan anak-anak kita boleh dilindungi sendiri menerusi sistem pertahanan badan – yang terbina daripada rangkaian sel, tisu dan organ. Sistem imun kita melindungi kita, mula-mula dengan membina benteng sekatan – yang menghalang ‘penyerang’ daripada memasuki badan kita. Benteng sekatan ini mematahkan serangan daripada luar badan kita.

Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan sistem imun badan anak-anak kita. Antaranya adalah cara yang saya lakukan untuk anak saya :
- Susu Ibu-ianya adalah sangat baik untuk anak-anak anda kerana susu ibu mempunyai khasiat yang selengkapnya untuk menghindarkan anak-anak kita dari dijangkiti penyakit.
- Pemakanan yang baik-kita perlu memberi anak-anak kita pemakanan yang baik dan bagus untuk membina sistem pertahanan yang kuat. berilah anak-anak kita makanan yang seimbang. galakkan anak-anak kita untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan antioksidan yang secukupnya.
- Cukup tidur dan rehat-kita perlu pastikan anak-anak kita mendapat tidur dan rehat secukupnya. kurang rehat dan tidur boleh melemahkan sistem imun badan
- Mengamalkan gaya hidup aktif-menggalakkan anak-anak kita keluar untuk bermain2 di luar sesekali untuk mendapatkan vitamin D dari cahaya matahari
- Mendapatkan imunisasi-menerusi vaksin anak-anak kita dapat membina benteng pertahanan menetang penyakit
- Kesejahteraan emosi-selalu bergurau senda dengan anak-anak kita untuk mengurangkan stress mereka. Jika mereka gembira ia akan meningkatkan keimunan badan mereka.
- Minum air-galakkan mereka sentiasa minum air putih secukupnya.
- Supplement-berilah anak-anak kita vitamin tambahan seperti Scott's Emulsion.
- Gaya hidup yang sihat-sentiasa amalkan mencuci tangan sebelum memegang anak-anak anda. mencuci botol susu anak-anak anda dengan sebaik mungkin. setiap kali menggunakan botol sterilkan terlebih dahulu untuk membasmikan kuman-kuman yang ada.
- Persekitaran-sentiasa pastikan bahawa persekitaran rumah dan sekeliling adalah bersih. Persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan kuman mudah merebak dan ia akan mudah menjangkiti anak-anak kita.
Jom ramai-ramai join contest nie. Maklumat lanjut KLIK DI SINI
Banyak hadiah yang menarik menanti anda.
Bertukar Ke Streamyx

