Sunday, August 19, 2018

Resipi Meatballs Cheese Carbonara

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baiklah, siang tadi aku buat meatballs cheese. Memang dah lama tak buat sendiri tapi itulah kekangan masa. Kemudian bahannya pula kadang ada yang tidak mencukupi. Itu yang tempoh hari beli barang dapur aku beli sekali meatball. Hari ini aku gigih membuatnya.

Biasalah dah buat, aku up kat insta. Bila up insta dia akan automatik up ke FB jugak. Biasalah kaki main insta memang begini. Up sana, up sini. Jadi ada yang bertanya resipi meatball cheese ini. Aku pun sebenarnya google sana google sini. Cari resipi mana yang senang dan ringkas. Kalau resepi yang payah ni memang tak kuasa aku nak ikut.

Marilah kita tengok bahan-bahannya.

RESIPI MEATBALLS CHEESE CARBONARA

Bahan-bahannya:

1 paket bebola daging/ayam (aku guna ayam)
1 tin sos prego carbonara (tin biru)
1 cawan susu fullcream/susu segar
Capsicum
Cendawan butang (dalam tin)
Bawang holand
Mozarella cheese
Parmesan cheese
Serbuk blackpepper

Cara-caranya:

1. Goreng meatballs dalam kuali dengan sedikit minyak
2. Kemudian masukkan hirisan bawang holand dan capsicum yang dipotong dadu.
3. Goreng sampai bawang kekuningan. Masukkan cendawan butang sekali.
4. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
5. Dalam kuali lain, tuangkan sos prego carbonara kemudian masukkan susu. Kacau hingga mendidih kemudian taburkan serbuk blackpepper.
6. Tutup api dan kemudian isikan sos carbonara dalam bekas yang telah diisi meatballs. Isi sos hingga menutup meatballs. 
7. Kemudian taburkan mozarella cheese dan juga parmesan.
8. Bakar 10 hingga 15 minit dengan suhu 150 darjah celsius. Bergantung juga pada oven masing-masing.
9. Sedia untuk dimakan.

Aku guna meatball ini.

Ini pula sos prego carbonara.

Susunlah begini keadaannya.

Ini pula rupa setelah ditaburkan cheese.

Ini pula rupa setelah siap dibakar.

Resepi yang ringkas sahaja. Boleh mak-mak di luar sana mencubanya untuk anak-anak. Sesekali ubah selera tak makan nasi kita cuba masak macam ini pula. Selamat mencuba. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



3 comments:

Warisan Petani said...

Nampak macam sedap.

adianiez AIDA said...

tq for sharing.
suka buat ni.
nanti boleh mix & match resepi.

ISFADIAH said...

Sedap