Friday, August 17, 2018

Menduduki Peperiksaan PSL

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Salam jumaat.

Nak cerita, rabu lepas aku menduduki peperiksaan khas untuk memasuki skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Ada tiga kertas tapi aku tinggal satu kertas aje yang asyik kandas. Kertas undang-undang umum. Rasanya, aku dah ikut tips yang diberikan beberapa orang tetapi entah apalah yang tidak mencukupi lagi. Tak apalah. Bukan terkejar pun nak naik pangkat. Ada rezeki, adalah. Belum tiba masanya.

Selagi ada peluang nak menduduki peperiksaannya, aku pergi aje. Tahun ini pusat peperiksaannya diadakan di luar Melaka. Tempatnya di Dewan A MAEPS Serdang. Mujurlah ada kenderaan jabatan yang boleh membawa kami. Dari pejabat aku hanya dua orang sahaja yang memohon. Oleh sebab kawan pejabat aku kertasnya pagi dan petang, aku kenalah gerak sekali dengan dia.

Mulanya, aku memberat juga hati nak pergi. Sebab kertas tamat jam 4.30 petang. Terfikir pukul berapa aku nak sampai Melaka. Anak-anak macam mana. Malam itu aku whatsapp jiran aku (jiran perempuan) untuk minta tolong jemput Dak Kakak kat nurseri dan Dak Adik kat sekolah agama. Mujurlah jiran sudi menghulurkan pertolongan. Itu pun sebelum nak pergi, berkali aku pesan kat anak-anak terutama sekali kat Dak Adik.

“Ammar, balik nanti tunggu kat pintu sinun. Tunggu sampai Aunty Dila datang.”

“Ammar jangan lupa pesan mama.” Itulah yang mama ulang sebelum dia ke sekolah.

“Iye ma, iye ma.” Jawabnya sambil mengangguk.

Sebelum sampai sekolah, dia pula menanya mama.

“Mama, nanti pergi naik apa?”

“Kereta pejabat.”

“Kereta mama letak kat mana.”

“Kat ofislah.”

“Siapa bawak mama?”

“Oh, ada driver nanti yang bawak.”

“Driver tu lelaki ke perempuan?”

“Lelakiiiii.”

Hamboi soalan ko dik kalah apak ko.

Sementara menunggu petang, aku tunggulah dekat surau. Mereput juga menunggu kawan aku keluar. Dah macam-macam gaya aku duduk. Dari hujung surau aku duduk sampai ke tiang dekat kat pintu tu. Serba-serbi tak kena.

Selesai sesi pagi, kita orang pergi makan dulu. Memang tahap kebulur sebab tak makan pagi. Ini semua takut sakit perut. Bukan boleh. Nak pi exam pun kadang datang gilanya boleh sakit perut memulas. Entah apalah jenis perangai. Kita orang makan kat dalam MAEPS jugak. 

Aku pesan nasi kukus ayam bakar.

Sepuluh minit lagi jam dua aku sudah tercegat depan pintu dewan. Dua jam duduk dalam dewan untuk menjawab empat soalan. Mujurlah boleh bawa buku. Salinlah apa yang rasa itu jawapannya. Memang lemah betul bab undang-undang ni. Berjela-jela aku tulis. Kebetulan satu meja boleh duduk dua orang. Aku duduklah dengan kawan aku. Aku punya semangat menulis sampai terlanggar siku dia. Tahu-tahu aku menulis dah sampai masuk kawasan dia. Kalau kandas juga aku tak tahulah.

Sampai rumah, tunggu anak-anak balik. Oleh sebab tangan lenguh menulis panjang berjela sampaikan aku tak larat nak masak. Letih benar gayanya macamkan ko balik hiking. Sudahnya bawa anak-anak makan kat kedai aje. Semangkuk bihun sup aku bedal. Stres punya fasal menjawab kertas undang-undang. Harapan aku semoga tahun depan aku tak jumpa paper undang-undang lagi. Mohon doakan ye kawan-kawan supaya aku lulus. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

adianiez AIDA said...

house of kambing !!!
aida pernah g skali tau. ada citer kat blog.
kebetulan last sem, owner nyer classmate satu subjek.
nak abis sem, dia blanje kami sekelas.
best!