Pages

Friday, August 10, 2018

Geng Lari Datang Beraya

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baiklah mari sambung kisah raya lagi. Selaju boleh ingin aku kongsikan di sini. Adalah yang aku cuma upload di instagram sebabnya nak cerita pun kadang yang berlaku satu aje ceritanya. Aku ni pulak jenis suka tulis panjang-panjang sekali dengan gambar. Baru rasa puas nak menulis. Kekdahnya biar gambar berbicara tapi sama naik dengan aku yang berbicara.

Syawal kali ini aku ada satu geng. Oleh sebab minat kami sama dapatlah kami bergeng. Adakalanya, kita akan rapat dengan seseorang atas sesuatu perkara. Begitu juga dengan hikmahnya ada sebab kalau kita menjauhkan diri daripada seseorang.

Merepek apa aku ni?

Okeylah, aku jemput dia orang datang. Memang hajat nak masak-masak tapi masa tu dapat masak yang simple menu aje untuk mereka. Kebetulan pula kawan Adriana Ammar nak datang, aku suruh mak kawan Adriana Ammar yang kawan sekerja datang sekali. Sekali jalanlah. 

Inilah tetamu-tetamu aku masa itu.

Sedang menjamu selera.

Menu yang aku hidangkan untuk mereka. Mee basah dan mee goreng serta cheesetart. Kemudian aku order brownies.

Para suami masing-masing di ruang tamu.

Sebelum pulang kenalah bergambar secara beramai-ramai.

Gambar ni terang daripada atas.

Dua orang kakak. Mereka memang kawan baik. Aku ni kira menumpang kasih dengan dia orang. Hahaha.

Kemek-kemek tudung aku. Nasiblah henfonnya canggih. Muluslah nampaknya aku.

Hari yang sama, sepupu buat open house. Rumahnya setaman dengan aku. Jadi senanglah aku nak bertandang ke rumahnya.

Inilah orangnya. Aku pergi ke open house rumahnya lepas geng lari pulang.

Ini gambar betul mencari lighting sampaikan sepet-sepet mata aku. Tukang tangkapnya si Adriana. Dia dok cakap gambar gelaplah mama. Memanglah dia tengok skrin masa bawah matahari terik. Mahu tak gelap.

Itu sahaja coretan untuk malam ini. Aku menulis blog sambil mengedit cerpen. Alahai punyalah payah sekarang nak menulis. Satu cerpen makan masa nak siapnya. Semangat sudah semakin menipis.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: