Monday, August 13, 2018

Projek Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Sabtu lepas, sebelum keluar menonton wayang Pulang aku kenalah masak-masak dulu untuk isi rumah yang mahu ditinggalkan. Jadi tidaklah kebulur tiga beranak tu nanti. Fikir nak masak apa pun satu hal. Hari-hari masak kadang buntu jadinya.

Sekali aku fikir tak nak masak nasi untuk hari tu. Asyik makan nasi aje kan. Apa kata masak lain pulak.

Jadi aku buatlah roti jala. Oleh sebab dah lama tak menjala maka terjadilah pelbagai bentuk roti jala.

Roti jala yang dihidangkan dengan kari ayam.

Sekuali kari ayam aku masak. Sudahnya balik tengok wayang suami masak nasi. Hahaha. Makan jugaklah nasi hari tu. 

Ini nasi ayam air tangan mak. Esoknya, ahad mak beritahu masak nasi ayam. Jadi aku dan anak-anak pergi makan kat rumah mak aje. Gantung kualilah aku.

Sebelah petang adalah aktiviti buat anak-anak. Menolong pakciknya iaitu adik aku membasuh motor. Mujurlah hari ini sekolah anak-anak cuti peristiwa. Itu sahajalah coretannya. Bersambung dengan entri menonton Pulang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





No comments: