Monday, August 27, 2018

Coretan Isnin

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baru berkesempatan duduk depan komputer. Dari balik tadi, buat tugas rumah tak berhenti-henti. Masaklah, bagi anak-anak makan, kemas dapur, gosok baju dan macam-macamlah. Hari ini anak-anak sudah mula bersekolah. Aku kembali sibuk. Awal pagi sibuk siapkan bekal anak-anak termasuk bekal untuk diri sendiri. Konsep berjimat-cermat. Jadilah bawalah bekal. Lagipun kadang makan luar pun boring. Bila ada bahan-bahan dan ada kerajinan, bolehlah kita masak.

Jadi sebab malam tadi anak-anak buat permintaan nak bawa bekal, aku tunaikan permintaan mereka. Bolehlah aku siapkan bekal untuk aku sekali. Aku dah siap potong segala bahan-bahan yang perlu dipotong-sayur-fishball-daging.

Bekal anak-anak.

Bekal untuk aku. Ini bekal makan tengah hari.

Awal pagi ada plastik atas meja. Mencari siapa yang memberinya, akhirnya dapat juga gerangannya.

Inilah cenderahatinya. Bunga-bunga di hati.

Kemudian didatangi dengan hadiah Pulang. Gembiranya bukan main. Walaupun hanya sehelai t-shirt, sekurang-kurangnya ada kenangan Pulang bersamaku. Cinta Othman dan Thom. Semoga ada sosok Othman dan Thom yang begitu setia memegang cintanya.

Sampai rumah petang tadi, terus masuk dapur sementara nak menunggu 6.15 petang menjemput Dak Adik di sekolah. Masak nasi. Aku nak masak daging masak kicap. Kentang aku goreng dulu sebelum dileburkan dalam daging masak kicap.

Inilah menu makan malam aku dan anak-anak. Alhamdulillah. Daging masak kicap, sup telur campur lobak, cendawan serta fishball dan juga timun. Daging tu aku guna daging korban. Ini sahaja yang termampu aku sediakan. Bila hari kerja ni masaknya serba ringkas sahaja. Itu pun aku masak lebih daging masak kicap tu untuk dibawa bekal esok. Senang cerita. 

Itu sahaja coretan malam ini. Isnin ini berlalu dengan tenang sekali. Ditemani kawan-kawan yang menghiburkan dan juga dengan perkara-perkara yang menggembirakan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

Siti Yang Menaip said...

comelnyaa bawak bekal. anak2 ni simple mana pun bekal sbb mak masak semua jadi extra sedap =D