Tuesday, October 17, 2017

Tiga Puluh Tujuh

Salam.

Hai semua.

Entri kedua menyusul untuk hari ini. Kalau datang momentum menulis itu, usah dihentikan. Teruskan menulis tanpa henti. Bukan apa. Malam tadi, usai menulis entri yang sebelum ini, tiba-tiba saya teringat akan tarikh hari ini. Jadi saya teruskan untuk menitipkan kata-kata. Tarikh hari ini dikirakan tarikh penting juga pada saya.

Tarikh apa?

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran suami saya yang tercinta. Genap usianya tiga puluh tujuh tahun. Biar saya tulis dalam bentuk ejaan. Tidak terus dilihat pada angkanya. Sepanjang meraikan ulangtahun kelahiran suami, ini adalah tahun keempat belas.

Kalau dulu, rajin juga saya mahu meraikan beramai-ramai. Pernahlah masa di hari lahir suami yang ke tiga puluh dua tahun, saya adakan kejutan. Saya buatkan suami kek. Saya masak-masak dan saya jemput kawan-kawan terdekat suami.

Ingat lagi masa itu saya buatkan red velvet kek buat suami. Suatu ketika dulu, saya amat rajin buat kek. Sekarang, semuanya dah malas. Tahun ini, oven tidak digunakan langsung. Mencatat rekod sungguh. Baiklah, dah semakin jauh saya bermukadimah.

Beralih pada ucapan. Setiap tahun ucapan yang sama. Marilah saya titipkan sekali lagi buat suami.

Selamat Ulangtahun Kelahiran buatmu. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik buatmu untuk mencari rezeki halal buat kita sekeluarga. Semoga dengan peningkatan usia ini akan mematangkan dirimu, menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa diberkati oleh Allah. Setiap langkahmu akan diiringi doa daripadaku.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

Kakcik Seroja said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran buat suami Fyda. Semoga sihat sentiasa dan berbahagia bersama keluarga tercinta. :)