Wednesday, October 25, 2017

Misi Jelajah Pulau

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat pagi. Saya mencari ruang dan masa untuk menulis entri ini. Hampir sebulan entri ini tertangguh dek kekangan masa. Bila menulis entri yang berkisarkan percutian, haruslah menjiwai. Haha. Tersangatlah over. Sungguh. Saya cuba mencari momentum tapi cuma malam tadi mood dan momentumnya sampai.

Barangkali angin monsun sudah tiup balik ke darat. Untuk tahun ini saya masih menunggu dua buah buku antologi diterbitkan. Itulah semangatnya belum tiba. Saya jenis bila sudah ada baru terasa semangatnya membahang dan memekar dalam diri.

Baiklah, hujung September pada 30 September 2017 saya sekeluarga ke Mersing. Entri ini kesinambungan dari entri yang ini. Boleh jemput baca dulu entri tersebut sebelum meneruskan membaca entri ini.

Pagi sabtu, ada beberapa buah keluarga yang akan jelajah pulau. Orang panggil apa? Island Hopping. Keluarga yang lain ada yang tak ikut serta. Jadi ada dalam lima buah keluarga yang ikut serta program ini. Saya ikut saja apa yang suami aturkan.

Sebelum bertolak haruslah bersarapan dulu di resort.

Ini pula sebelum bertolak ke jeti. Haruslah berkemas dulu barang yang nak dibawa.

 Budak-budak ni bergambar tak habis-habis.

Perjalanan atas bot sudah dimulakan.

Destinasi yang pertama. Maaflah saya sudah lupa nama-nama pulau yang kami singgah. Tapi tempatnya sangat cantik dan sejuk sahaja mata memandang.

Anak-anak bukan main seronok lagi.

Cubaan menyelindungkan kaki supaya tak sunburn. Hehe.

Gambar ini diambil oleh orang yang bawa kami.

Gaya bebas. Saya suka tengok gambar ramai-ramai begini.

Ini gayanya lebih formal.

Inilah suasananya. Kami singgah dalam setengah jam ke satu jam. Siap makan dulu.

Antara para isteri yang turut serta.

Bagi peluang saya bergambar sorang.

Kemudian dengan anak-anak pula.

Barulah swafoto satu famili.

Saya dengan suami pula.

Bersantai dulu sebelum meneruskan ke destinasi seterusnya.

Ini gambar candid. Dari FB Jelajah Pulau.

Suka tengok gambar ini. Dari kamera tour guide jugak.

Bukan main cik kak itu mencekak pinggang.

Entah bila-bilalah yang diambilnya.

Team kami.

Kerjaan saya asyik dok mencekak pinggang. Acah-acah mandor pulaknya.


Ini destinasi kedua. Baru sampai dn dengar taklimat. Kena hiking untuk ke puncak dan melihat keindahan alam.

Setelah bersusah payah dengan pelbagai aksi, akhirnya saya dan anak-anak sampai juga. Bantuan suami yang bising mulutnya. Suruh pegang pokoklah, suruh pijak batu itulah, suruh pijak sinilah. Saya pertama kali hiking dengan treknya yang menggerunkan dan tidak terlintas dek akal treknya sebegitu memang boleh buat takkan hiking lagi. Hahaha.

Tengok anak-anak saya. Dia orang ketakutan. Bukan takut tetapi gayat. Dak Adik boleh melalak sampai atas.

Ada tiga kumpulan masa kat atas ini. Lelaki yang berbaju merah sebelah depan itulah orang yang membawa kami.

Gaya bebas. Seronoknya. Orangnya pun peramah. Macam dah lama kenal aje gayanya melayan kita orang.

Tengoklah Dak Ammar. Nama aje lelaki tetapi masa nak turun dia sambung menangis. Boleh pula dia kata tak nak turun sebab takut. Bukan dia saja yang takut. Sebenarnya saya pun cuak-cuak memikirkan gaya macam mana nak turun dengan cerunnya bukit itu. Sudahnya, lelaki baju merah tadi yang dukung Ammar turun. Dia turun bawah dulu.

Inilah antara gayanya. Kami buat ala-ala menggelongsor. Tapi tidaklah gelongsor sungguh-sungguh. Koyak pulak seluar nanti.

Pasangan suami isteri ini pun turut sama menggelongsor. Sudahlah kami berselipar. Memang agak berbahaya. Lelaki itulah housemate suami.

Tengok tu gaya yang lain. Dengan anak di belakang. Itu officemate suami. Gambar ini pun suami yang rakam.

Selesai hiking. Kepenatan sampai termenung seketika.

Marilah kita berswafoto.

Kemudian berhenti di sini. Sini turun untuk berenang. Saya tak turun ye. Saya jenis yang takut air. Lagipun tak tahu berenang.

Saya ditugaskan untuk merakamkan gambar mereka.

Hanya suami dan Dak Kakak sahaja yang turun. Jadi dah tahulah penakut si Ammar tu menurun daripada siapa? Hahaha. Dekat sini mereka ada melakukan aksi turun tiruk. Adoi kecut-kecut perut mak nak. Tapi suami saya tak buat pun. Dia tu gayat.

Kemudian meneruskan lagi ke destinasi lain.

Kat sini kami duduk lama juga. Dalam dua jam. Sudahlah bahang mentari sedang terik. Memang waktu sampai tersangatlah panas. Mereka ada buat barbeque sekali. Konsep mandi sambil makan.

Saya sempat berendam. Sejuknya. Sedap sekali bila dapat berendam begini.

Gamat.

Cantik sahaja permandangannya.

Mereka snorkeling. Saya tidak. Hahaha.

Singgah pula satu tempat. Dia orang lakukan aksi terjunan yang viral. Entahlah saya tak tengok sebelumnya. Ini tengok secara live masa itu.

Saya kongsikan di bawah ini beberapa gambar permandangan sepanjang seharian kami jelajah pulau.
Ini Pulau Rawa.

Betapa indahnya permandangan ini.

Inilah bot kami. Todak IV.

Nampak tak? Cantiklah gambar ini.

Biru sahaja air laut.

Ini masa mereka menyaksikan aksi terjunan kalau tak silap saya.

 Candid kat laki bini pulak.

Permandangan dari tempat yang kami hiking.


Bot laju menyelusuri laut menuju ke pangkalan.

Alhamdulillah. Dalam jam tujuh kami tiba di jeti. Sebelum balik dan bersurai, haruslah bergambar dulu di pintu masuk. Masa datang semuanya tak sempat.

Ini pula team perempuannya.

Kami sempat singgah makan bersama sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke Batu Pahat dan saya sekeluarga terus pulang ke Melaka. Begitulah misi jelajah pulau yang amat menyeronokkan saya. Memang saya seronok sangat walau ada aktiviti-aktivitinya saya tak ikut serta. Setakat saya melihat permandangan indah ciptaan Allah SWT sudah mencukupi sambil itu saya cuba-cuba mencari ilham. Hah gitu. Poyo sangat di situ. Masa hiking kau tak dan pun nak berilham. Dok fokus kat selipar nan licin tapaknya.

Oh ya, pada sesiapa yang nak cuba misi jelajah pulau ini bolehlah terjah laman muka buku Mersing, Island Hopping & Tours.

https://www.facebook.com/GOIHAT

Cuma buat masa ini mereka sudah tutup sehingga April kerana monsun. Apa-apa bolehlah tengok gambar-gambar mereka yang cantik-cantik sangat dan ditambah dengan tour guidenya yang peramah dan friendly. Semoga terhibur membaca jurnal misi jelajah pulau saya.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

Warisan Petani said...

Keindahan pulau2 di perairan Mersing memang terserlah.
Tak rugi ke sana.