Monday, October 9, 2017

Dari Melaka Ke Batu Pahat

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, saya dan anak-anak ke Batu Pahat menaiki bas ekspress. Perjalanannya memakan masa dalam dua jam. Suami menunggu di sana saja. Kami ke sana sebab mahu ke Mersing. Jadi suami tak payahlah balik ke Melaka.

Naik bas awal pagi. Paling awal jam 8.00 pagi. Menuju ke Melaka Sentral, nasiblah kawan setaman sudi menghantar saya dan anak-anak. Jam 6.30 pagi kami sudah keluar rumah. Saya dan anak-anak sampai di Melaka Sentral tepat jam tujuh pagi. Kemudian saya bawa anak-anak bersarapan dulu. Tapi semua macam tak selera.

Lagi pun saya beritahu budak berdua tu, jangan makan banyak-banyak. Kutlah sakit perut kan. Mana pula nak berhenti basnya. Hati saya pun dipagut kerisauan. Naik bas dengan anak-anak buat pertama kalinya. Walaupun hanya dua jam tapi mengundang kerisauan jugak. Risaunya lebih pada Dak Adik.

Mak saya, bersusun pesanan yang dititipkan pada saya. Mak-mak biasalah kan.

"Jaga anak tu baik-baik."

Paling kelakar.

Ada mak saya suruh pakaikan Dak Adik pampers. Katanya risau dia nak terkencing atas bas.

Tak cukup pesanan pada saya, dipesan pula kat anak-anak.

"Ammar pakai baju sejuk. Duduk dalam bas dia pasang ekon. Nanti sejuk nak terkencing."

Gitulah beberapa pesanan mak.

Berswafoto dulu sementara menunggu bas datang. Kami bersarapan di restoran makanan segera saja. Beli satu set dan kongsi bertiga. Sedang makan saya terperasan bas kami sudah sampai. Waktu tu awal lagi. Belum 7.30 pun.

Saya dah tercakap pada anak-anak.

"Eh, itu bas kita nak naik dah sampai."

Dak Adik dah merengek. Dia merengek bukan apa. Desak suruh naik bas cepat. Takut bas tinggalkan kami. Cepat-cepatlah saya habiskan makanan dan beredar.

Masa ni dah menunggu depan bas. Saya kata nanti dulu. Yelah, naik awal takut budak-budak ni boring. Itu pun saya bawa mereka ke tandas dulu.

Kami naik bas ekspress orkid.

Berswafoto lagi dalam bas. Saya amik gambar dan hantar pada mak melalui whatsapp. Tidaklah mak tu risaukan kami.

Rasanya ini masa lalu kat Muar.

Dua jam di atas bas, kami selamat sampai di Batu Pahat. Turun bas dan telefon suami. Rupanya dia sudah menunggu di kedai makan seberang jalan. Seperti yang diarahkan, saya dan anak-anak mencari kedai makan yang dimaksudkan.

Singgah makan kat kedai tu dulu. Barulah masing-masing terasa lapar. Terus makan nasi. Selesai makan, kami pulang ke kuarters suami dulu. Suami nak ambil barang-barangnya dan setelah semuanya siap kami bertolak ke Mersing.

Mersing, kami datang!

Tunggu entri seterusnya ya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

SalbiahM said...

Wah..g mersing ke mana tu? X sabar baca sambungan