Sunday, October 22, 2017

Bergelut Dengan Perasaan

Assalamualaikum.

Hai semua.

Selamat malam. Bila malam barulah nak muncul dengan entri dan satu post di muka buku. Kepenatan dua hari berjalan masih belum sirna. Biasalah, bila balik berjalan pasti akan melalui fasa move on. Masih terkenang-kenang keseronokkan berjalan.

Berkumpul beramai-ramai. Bergelak-tawa. Bercerita tak habis-habis. Jadi hari ini kembali ke pngkal jalan. Bersantai di rumah bersama anak-anak. Malam tadi selamat sampai di rumah setelah dua jam perjalanan dari Shah Alam.

Esok sekolah telah bermula. Saya pun sudah bekerja. Jalan pasti kembali sesak. Kena bangkit awal. Kembali berperang dan huru-hara. Ada lebih kurang empat minggu lagi nak mengadap sesi persekolahan. Bukan merungut tetapi inilah rutin kehidupan saya.

Gaya bergambar saya masa kini. Gambar yang diambil jumaat lepas semasa tiba di depan Muzium Diraja. Kini sedang bergelut dengan perasaan sendiri. Marilah 'move on' mengadap rutin harian kembali. Kembali ke pangkal jalan.

Mood saya nak menulis pun entah ke mana. Ada satu tugasan menulis tak dapat saya habiskan ikut tarikh tutupnya. Kerja saat-saat akhir begitulah akibatnya. Kerja menulis adalah kerja kedua saya. Kena dulukan hal yang menjadi perkara utama pada saya. Saya uruskan anak-anak menjadi keutamaan saya kini.

Itu yang masa tersangat terhad. Rehat pun perlu dititikberatkan. Kalau kurang tidur pun menjadi salah satu hal jugak kalau sudah jatuh sakit. Kalau mak sakit pasti anak-anak terabai. Kalau emosi mak tidak stabil anak-anak pasti turut terancam. Begitu juga kalau mak patah semangat anak-anak pasti tidak akan hidup.

Okaylah, mari bersiap siaga untuk hari esok. Kuatkan diri dan emosi untuk menghadap hari esok dan hari mendatang. Berhenti dulu. Nanti sambung lagi ye. Ada entri jelajah pulau yang sudah lama tertangguh dan entri ke Kuala Lumpur jumaat lepas melawati Muzium Diraja, Muzium Negara dan Tugu Negara.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: