Monday, June 5, 2017

Iftar Di Rumah Mentua Dan Biras

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat tengahari. Entri kedua menyusul untuk hari ini. Malam tadi terlebih rajin nak menulis di sini. Nak tulis cerpen tapi tak ada mood. Mood sudah ke laut. Menjunam terus. Masih tak boleh move on dengan kisah hari jumaat. Ceritanya begitu mengusik hingga ke relung-relung hati. Terpaksalah hadap walaupun memberat sungguh ceritanya.

Khamis lepas bersamaan 6 Ramadhan. Masih lagi bercuti. Tengok Ammar semakin beransur sihat. Suami ajak balik rumah mak dia. Berbuka di sana. Dari awal puasa belum sempat nak berbuka di rumah mak mertua.

Jadi kami baliklah lepas asar. Dekat aje pun. Tidaklah mengejar masa sangat. Awal-awal dah telefon mak mertua bagitahu kami akan balik sana.

Bersiaran langsung dari dapur mak mertua. Aku masak sayur dan bubur jagung aje.

Menu untuk hari itu.

Hasil air tangan aku. Macam kau masak apa aje kan. Show off sangat.

Bersedia untuk berbuka. Mak mertua aku kat dapur lagi.

Beralih pula pada 8 Ramadhan. Terima jemputan berbuka di rumah biras dalam erti kata lain rumah along suami. Kanak-kanak ribena sudah bersiap sedia.

Antara menu yang sudah terhidang.

Brownies yang dibuat oleh biras aku sempena besday aku.

Tengoklah gelagat si Ammar.

Mak mertua aku yang bertudung maroon.

Berbuka beramai-ramai adalah momen yang paling best. Macam-macam juadah ada hasil potluck. Akan datang mungkin rumah kita orang pulak. Tunggu sang suami pulang dulu barulah boleh buat. Begitulah ceritanya. Alhamdulillah. Hari ini sudah 10 Ramadhan. Semoga amalan kita terjaga. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: