Sunday, June 4, 2017

Angka Baru 34 Tahun

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat tengahari semua. Hari ini kembalilah rutin normal aku dan anak-anak setelah seminggu sang suami bercuti. Hari ini dia sudah kembali bertugas. Tinggal lah aku dan anak-anak. Ammar sudah bersendu dan berdrama. Pagi tadi bangun menangis. Cari papa. Mulalah tugas mama menjadi tukang pujuk.

Tanggal 2 Jun lepas, jatuh pada hari jumaat, aku genap 34 tahun. Alhamdulillah. Masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas dan meneruskan kehidupan yang penuh ranjau dan dugaan. Banyak perkara yang telah aku lalui sendiri. Kesedihan, kegembiraan, kelukaan, kesembuhan, kekuatan dan kematangan. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan ini. Cuma untuk melalui fasa kemaafan itu hati ini masih belum boleh. Entahlah. Mungkin satu hari nanti. Aku sentiasa berdoa agar Allah lembutkan hati ini. 

Ya. 
Semoga hati ini lembut untuk memaafkan orang itu.
Buat masa ini masih belum boleh.

Usia pun dah meningkat.
Semoga dengan meningkatnya usia, diri menjadi semakin matang. Lebih berdikari dalam setiap urusan. Kurangkan kebergantungan pada manusia. Bila dah tua, lebih suka bergerak sendiri. Mungkin dah biasa urus diri sendiri. Semoga lebihkan amal ibadat dalam mengejarkan hal akhirat. Amin,

Kejutan sempena ulangtahun kelahiran aku jumaat lepas. Tak sangka. Kejutan daripada kawan sekolah aku. Kawan dari sekolah rendah sampailah sekarang. Serius, akak terharu. Haha. Officemate sangkakan sang suami yang hantar. Tapi aku dah boleh agak bukan suami aku yang buat kejutan sebab suami aku suka tanya apa aku nak. Dia memang tak reti pun dengan kejutan. Kalau aku iye. Haha.

Inilah kejutannya daripada Farah Eyani. Kami dulu satu sekolah di SRK Convent Infant Jesus (1). Kemudian tingkatan satu hingga tiga di SMK Infant Jesus Convent sebelum dia bertukar ke sekolah teknik masa tingkatan empat. Tapi kami tetap berhubung hingga sekarang.

Pada wajah ketuaan. Jumaat lepas semua tegur sebab penampilan lain. Tudung je pun. Sudahlah hari pertama naik kerja setelah seminggu berkuarantin di rumah. Pada yang tak tahu hari tu ulangtahun kelahiran aku, dia orang ingat aku bergaya sebab nak bergambar hari raya untuk buat kad jabatan. 

Apa-apa pun terima kasih buat Farah Eyani atas kejutan yang diberikan pada aku. Thanks a lot my fren! Itu sahaja titipan untuk tengahari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: