Wednesday, June 7, 2017

Bayangan Cinta Dalam Tribunal Cinta

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Hello para pembaca di blog ini. Selamat tengahari semua. Sekejap lagi sudah rehat. Aku rehat setengah jam sahaja memandang aku pilih WP5 untuk bulan puasa ini. Masuk jam 8.00 pagi dan balik jam 4.30 petang. Nak masuk 7.30 pagi memang tak sempat. Sebab nanti aku kena hantar anak-anak aku dulu. Kalau dulu masa suami kerja di Melaka, memang paling awal aku masuk. Balik awal aku boleh masak. Rindu suasana itu.

Tengahari ini menyusul entri kedua untuk hari ini. Entri ini sekadar mahu berkongsi tentang buku Antologi Cerpen pertama aku bersama 17 orang penulis yang lain. Cerpen aku yang terselit dalam Tribunal Cinta bertajuk Bayangan Cinta. Cerpen ini memaparkan pertembungan antara pemilik cinta eros dan mania. Terselit watak protagonis Zalila yang menganut faham Mania kuat cemburu dan kuat mengongkong.

Cerpen Bayangan Cinta ini ilhamnya aku dapat ketika mendengar lagu Khai Bahar bertajuk Bayang.

Senarai cerpen-cerpen yang terkandung dalam Tribunal Cinta.

Sambungan muka surat yang lain. Di muka surat akhir ada biodata penulis.

Alhamdulillah, buku yang berada di tangan aku sudah habis stok. Aku cuma simpan sebuah saja untuk simpanan sendiri. Pada sesiapa yang masih mahu mendapatkan Antologi Cerpen ini, masih boleh membuat pesanan. Boleh emel aku pada alfidah83@gmail.com. Itu sahaja perkongsian tengahari ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: