Tuesday, June 13, 2017

Berbuka Puasa Di Pizza Hut

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Hari ini kita sudah masuk 18 Ramadhan. Sekejap saja kita dah 18 hari berpuasa. Berbaki lebih kurang 12 hari saja Ramadhan akan meninggalkan kita. Pasti kesedihan itu dirasai.

Entri ini adalah pada 9 Ramadhan. Aku berbuka di luar bersama mak dan anak-anak aku. Kami ke Aeon Bandaraya. Pada mulanya bercadang mahu berbuka puasa di Chicken Rice Shop. Tapi nasib tak menyebelahi kami. Fully booked untuk berbuka. Sudahnya cari tempat lain. Nasiblah ada kosong lagi masa aku tanya kat Pizza Hut. 

Beria Nana amik gambar ni.

Wefie mak dan anak.

Apa mahu pesan?

Aku pesan set yang ada dua pizza.

Sup dan garlic bread.

Pizza ni untuk kiddos.

Dak Kakak yang suka bergambar. Sana sini mahu berswafoto.

Nenek dan cucu-cucunya.

Budak ni suka dapat ayam. Dia frust tak dapat makan chicken rice shop. Aku orderkan dia ayam goreng pizza. Kan sedap. Tiga ketul untuk dia aje.

Begitulah entri pagi ini. Semoga kita dapat meneruskan ibadah puasa kita hingga ke penghujung. Semoga kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut raya bersama keluarga tersayang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: