Tuesday, May 16, 2017

Selamat Hari Guru 2017

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Hai semua.

Selamat tengahari semua. Sudah isi perut semuanya?Alhamdulillah. Aku selesai menunaikan permintaan perut. Bawa bekal dari rumah aje hari ini memandangkan malam tadi jiran bagi lauk. Rezeki sungguh. Malam tadi aku sudah siap masak spageti carbonara dan cucur bilis. Lepas isyak, jiran panggil. Dihulurnya semangkuk kari ayam.

Terus ke dapur masak nasi dan jamah sikit. Selebihnya aku bawak bekal. Rezeki Allah Taala. Hari ini adalah hari meraikan para pendidik. Beberapa hari yang lepas, hadiah untuk cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak sudah pun dibeli. Selalu sangat buat persiapan di saat akhir. Malam tadi baru terkial-kial nak membalutnya.

Anak-anak memang teruja. Itu boleh dilihat pada wajah masing-masing pagi tadi. Ammar yang selalu menangis setiap pagi, tadi dia berwajah ceria. Aku cukup senang hati melihat wajahnya 7yang begitu ceria. Selalunya sugul aje. Malam tadi dia sudah pesan pada aku. Dia sendiri nak bagi hadiah pada cikgu yang ajar masa dia 5 tahun. Mama tak payah teman.

Baiklah, nak. Mak ko ikut aje.

Akhir kata, Selamat Hari Guru buat para cikgu yang pernah mengajar aku, para cikgu yang mengajar anak-anak aku serta para cikgu semalaysia. Jasa kalian tidak terbalas. Semoga Allah sentiasa merahmati jasa kalian.

Selingan. Sewaktu aku tingkatan lima bersama cikgu aku, Puan Rokiah yang kami panggil Madam Rock. Dua orang kawan aku dalam gambar ini bergelar pendidik juga. Ada juga beberapa kawan sekolah yang bergelar pendidik. Selamat Hari Guru, korang!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: