Sunday, May 21, 2017

Antologi Cerpen Tribunal Cinta Sudah Terbit

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi semua. Semoga hujung minggu ini dapat diluangkan masa bersama keluarga. Ahad depan kita sudah berpuasa. Jadi minggu ini adalah minggu akhir kita makan siang. Hari ini aku ada beberapa perkara mahu dibuat. Malam tadi sibuk siapkan macam-macam tugasan. Semoga dipermudahkan urusan aku semuanya.

Entri ini, aku mahu kongsikan kegembiraan bersama. Alhamdulillah. Buku Antologi Cerpen Tribunal Cinta sudah diterbitkan. Sebuah hadiah yang tidak ternilai untuk diri sendiri. Ini adalah kali pertama aku menyertai projek antologi sejak menceburi diri dalam bidang penulisan. Syukur. Sebagai langkah permulaan.

Buku antologi cerpen ini bertemakan cinta penuh ranjau. Antologi cerpen ini lain daripada yang lain kerana setiap kisah terselit ulasan kaunselor cinta. Kemudian terselit puisi mengindahkan lagi ceritera. 18 penukil mengukir kata, menyingkap kisah cinta penuh makna.

Inilah wajahnya. Hujan dan air mata...bersatulah!

Kalau nak baca hasil karya Fyda Adim, bolehlah tempah sekarang naskah ini. Boleh tinggalkan komen atau whatsapp pada nombor 017-6741270. Buku ini adalah terbitan Pena Padu Press. Harga buku hanya RM20 SM dan RM25 S/S. Mari dapatkan senaskah sebagai koleksi dan bahan bacaan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: