Sunday, May 14, 2017

Sabtu Dan Program Berpisah Tiada

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Hai semua.

Semalam, dari pagi hingga ke malam sibuk dengan bermacam-macam program. Sebelah petang aku dah set appointment dengan salon. Pada mulanya kalau diikutkan perancangan awal, semalam kita orang nak sambut birthday adik ipar. Kemudian tak jadi sebab mak mertua aku nak jaga atok. Sehari sebelumnya iaitu hari jumaat, mak mertua kata jadi. Aku memang dah tak dapat nak join kalau dibuat petang. Sebab nak janji nak ke salon tu.

Pagi semalam kononnya nak berjumpa dengan kawan blogger aku pun tak jadi sebab masing-masing dah mengejar masa. Walhal dia duduk dekat aje kat rumah aku. Dia bermalam di Gold Coast. Itulah, kalau ditakdirkan Allah tak jumpa jugak walaupun jaraknyaa tidak sejauh mana pun. Pagi semalam aku siap masak sebelum keluar. Sebab asben dan Ammar melepak kat rumah. Tak adalah melepak pun sebab asben aku sibuk mengecat rumah.

Aku maraton drama macam biasa. Menonton sambil memasak drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati memang belum tengok pun. Aku memang saja tak tengok awalan. Nak tunggu berapa episod baru tengok sekali harung. Tidaklah aku stres nak tahu episod akan datang.

Hasil memasak sambil menonton drama.

Lepas masak aku siap-siap dan selepas zohor dalam jam dua aku keluar. Janji dengan orang salon jam 2.30 petang.

Petang semalam memang slot aku.

Empat jam budak ni teman aku. Aku gunting rambut, cuci dan rebonding. Mahu tak lama. Kematu punggung. Lepas balik dari salon, bersiap pula. Lepas maghrib kelua rnak ke Family Store beli barang dapur sikit. Sudah kontang.

Balik dari beli barang dapur, singgah mamak. Makan telur separuh masak. Teringin benar.

Serta segelas teh tarik. Begitulah cerita semalam. Ada beberapa program yang tidak dapat dilaksanakan semalam dek kekangan masa. Biasalah kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Baiklah, bersambung lagi dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: