Monday, May 15, 2017

Family Day Di A Famosa Part 2

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Entri kedua untuk hari ini. Bersambung entri pagi tadi dan penutup entri untuk kisah family day di A Famosa. Semalam memang aku menggigihkan diri untuk menulis kesemua entri yang tertangguh dalam folder draf. Selagi aku tak siapkan entri-entri ini, hati gunda-gulana. Sebab aku ada beberapa projek lain yang mahu disiapkan. Dengan kerja mengedit cerpen lagi.

Hari kedua di Villa A Famosa, suasana paginya sangat nyaman. Malamnya tidur nyenyak tanpa gangguan. Anak-anak pun begitu. Semuanya dek keletihan. Dia orang biasalah puas bermain air. Aku memang tidaklah. Pergi mana-mana pun memang aku tak kuasa nak berlencun bagai. Aku lebih suka bersantai, duduk di suatu sudut melayan perasaan dan menikmati permandangan sambil mencari ilham. Hah gitu!

Paginya semua bangun awal. Masih ada program untuk pagi itu. Acara untuk orang dewasa pula. Aku terus mandi dulu sebab ada masalah. Dia orang semua dah keluar dulu sebenarnya. Budak-budak dah terjun kolam. Korang ni tak sejuk ke?

Suasana pagi. Budak-budak seronok berendam. Main air.

Acara pertama untuk orang dewasa. Amik guli guna chopstick. Gile susah!

Acara kedua pula. Melukis dan orang hujung kena teka gambarnya. Terkekek-kekek gelak.

Acara ketiga. Susun puzzle.

Ini group sebelah. Laki bini.

Ini group aku. Masing-masing dengan lukisan.

Ini group laki aku. Macam-macam lukisannya.


Budak-budak dengan kolamnya. Ammar bukan main berenang dengan pelampung. Dah pandai dia. Seronok tengok dia.

Wefie dalam kolam.

Aku skodeng laki. Dia sibuk mengadjust kamera.

Ready untuk beraksi depan kamera.

Swafoto lagi. Sebelah aku tu anak buah.

Entah apa yang tak settle lagi.

Sementara menunggu jurukamera.

Aku dan biras-biras serta anak masing-masing.

Keluarga kami.

Candid pula.

Sesi menyampaikan hadiah untuk dewasa.

 Kumpulan kedua.

 Gigih biras aku angkat hadiah.

Hadiah untuk mak mertua daripada hasil dana adik-beradik.

 Selamat tinggal A Famosa.

Sebelum balik singgah makan di sebuah kedai. Daging salainya sedap.

Sampai saja rumah, apa lagi sesi bukak hadiah. Inilah antara hadiah-hadiah yang kami dapat. Begitulah perjalanan kisah hari keluarga yang kecil-kecilan di adakan di Villa A Famosa. Seronok. Dapat hilangkan stres dengan rutin harian. Itu sahaja. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

Kakcik Nur said...

Assalamu'alaikum Fyda.

Seronoknya berhari keluarga... :)

p/s : Kak Zakie ada. Dia dan keluarga sihat, Alhamdulillah. Mungkin dia sibuk sikit, tu yang lama tak kemaskini blog. Kita doakan yang baik2 je ya... :)