Wednesday, May 17, 2017

Ahad Dan Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Mula dengan entri yang pertama untuk hari ini. Dua hari lepas, masing-masing buat ucapan untuk wanita bergelar ibu, mak, mama, umi dan macam-macam lagi gelarannya untuk seorang perempuan yang melahirkan mereka. Masing-masing ada yang meraikan bersama ibu. Hari ibu adalah hari-hari cuma hari itu mungkin sedikit berbeza. Aku tak ke mana-mana pun. Hanya di rumah.

Mak buat ucapan kat aku, aku pun buat ucapan pada mak. Hehe. Anak-anak aku?Ada lepak dengan aku saja di runah memandangkan suami sudah bekerja. Oleh sebab hari ibu, dan sambutan hanya aku dan anak-anak, jadi aku masak nasi ayam.

Sedang sibuk menggoreng ayam, gas boleh habis. Cuak. Sudahlah laki tak ada, gas habis pergi whatsapp tok laki. Kalahkan dia boleh terus terbang balik. Sudahnya minta nombor telefon kedai kat jiran dan call sendiri. Itulah bahananya kalau selalu bergantung harap pada tok laki. Tak apa dah dapat belajar.

Telefon kedai.

"Boleh hantarkan gas tak?"

"Boleh...gas apa mau?Petronas atau.."

"Petronas..." Aku terus memotong cakap wanita di hujung talian. 

Sebenarnya tak tahu pun jenis tong gas yang ada. Haha. Buruk perangai. Lebih kurang lima belas minit, gas pun sampai dan aku terus menyambung tugas menggoreng ayam.

Sibuk menggoreng ayam, si Ammar kejap-kejap datang dapur.

"Mama jangan masuk bilik kakak tau. Kita orang ada buat sesuatu untuk mama. Sepraissss..."

Allah. 

Surprise gitu kekdahnya ko dik. Mama mengiyakan. Sampai duduk kat meja makan dia masih sibuk dengan sepraisssnya.

"Mama tutup mata. Jangan tengok dulu."

Baiklah, mama tutup mata. Perut dah lapar disuruh tutup mata bagai pulak. Layankan ajelah.

Nasi ayam gas habis. Alhamdulillah. Masih boleh menikmati hidangan yang sedap bersama anak-anak. 

Inilah kejutannya. Dua-dua cium mama. Sorang kiri sorang kanan. Yang warna-warni Dak Kakak punya. Belah kanan Dak Adik punya. Aku terharu. 

Kalau kakak, tulis kad dah macam buat surat. Berjela dia mengarang. Aku rasa dia bakal mengikut jejak aku. Suka menulis. Mungkinlah. Nanti aku nak ajar di. Haha...

Itu sahaja coretan pagi ini. Momen manis daripada anak-anak dan aku akan merindui suasana begini bila anak-anak makin membesar. Tetiba aku sebak. Air mata bergenang.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Warisan Petani said...

Sebagai ibu, hari2 hari ibu.