Thursday, April 28, 2016

Sibuk Dengan Rutin Harian

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Kita sudah berada di hari khamis. Lebih kurang seminggu lebih juga meninggalkan dunia blog ini. Mood bukan kata ke laut, terobek sudah. Kesibukan diri dengan rutin harian membataskan untuk aku menulis di sini.

Bila hari kerja, sudah tentu sibuknya berkali ganda. Mana mahu menguruskan anak-anak ke sekolah, mana menguruskan diri sendiri ke kerja. Bila pulang ke rumah, lain pula ceritanya. Macam-macam cerita. Nak tengok anak-anak dengan kerja sekolahnya, nak uruskan kain baju.

Minggu lepas memang aku sibuk. Semua nak kejar due date. Siapkan cookies untuk goodies yang diorder seorang novelis. Mahu dibawa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula esok. Kemudian siapkan sample kuih raya. Bulan Mei sudah mahu diedarkan.

Kemudian sibuk pula siapkan cerpen yang nak kejar tarikhnya. Nak tak nak aku siapkan juga cerpen yang diminta. Semoga ada ruang yang baik untuk cerpen itu. Satu cerpen sudah lepas walaupun disenaraikan sebagai KIV. Penulis picisan macam aku ni itu pun sudah dikira bahagia. Sekurang-kurangnya cerpen itu tidak direjek.

Itulah serba sedikit kesibukan diri kebelakangan ini. Ini pun sedang menulis sesuatu untuk disiapkan. Begitulah rutin aku. Semoga aku tidak berhenti menulis.

Ahad lepas sempat kemas rumah, Ini sudut gambar keluarga. Sabtu ni nak pergi cuci gambar anak teruna. Dia kata asyik gambar kakak je. Mama tak sayang ammar. Anak teruna dah berdrama bagai. Sabtu ni kena pergi cuci gambar dia sebelum dia ulang lagi ayat dramatisnya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



1 comment:

as samsudin said...

Hehe...pandai Ammar berdrama...