Tuesday, October 20, 2015

Titipan Pagi Ini

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semalam aku bercuti sebab tidak sihat. Kebetulan anak-anak pun tidak sekolah makanya aku juga nekad untuk bercuti dan berehat di rumah bersama mereka. Walaupun tiada istilah rehat bila bersama mereka namun itu lebih membahagiakan.

Sekolah cuti dua hari ini maka aku juga cuti dari melakukan pekerjaan hakiki menghantar anak ke sekolah. Sejak semalam jerebu kembali dan masih boleh pergi sepenuhnya. Jadinya kami hanya berehat di dalam rumah. Tidak ke mana-mana. Itu sahaja yang boleh dilakukan buat masa ini.

Tekak pun sudah kembali pedih. Ikutkan sejak jumaat sudah terasa tidak sedap badan tetapi bila jerebu kembali semakin perit tekak ini. Jadinya aku cuba minum air putih sebanyak mungkin bagi mengelakkan semakin teruk. Sudahlah minggu ini kenduri kahwin adik ipar bakal berlangsung. Jadi harus dijaga badan ini sebaik mungkin kerana banyak kerja yang menunggu. Mana mahu baking cheesetart, mana mahu buat cookies lagi. Macam-macam kerjaan. Begitulah kisahnya. Jaga kesihatan ye semua! Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments: