SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, October 18, 2015

Majlis Ramah Mesra Masyarakat Bawean

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Kembali dengan entri lain untuk program pagi tadi yang aku sertai bersama anak-anak. Esok dimaklumkan bahawa sekolah di Melaka juga ditutup kerana masalah jerebu. Masih belum pergi masalah jerebu ini. Susah hati sebab lusa si Adriana sudah mula peperiksaan akhir tahunnya.

Berbalik kepada tajuk di atas, pagi tadi aku bersama anak-anak menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat Bawean yang dianjurkan oleh masyarakat Bawean di Melaka. Ramah mesra antara masyarakat Bawean Melaka dan Bawean Perak. Minggu lepas lagi aku sudah terima surat jemputannya. Jadi memang sudah merancang mahu menghadiri majlis ini tadi.

Jadi tadi jam 8.00 pagi aku sudah bersiap bersama anak-anak. Asben pula tidak dapat serta kerana hari ini dia akan menghadiri kursus di Kuala Lumpur.

Majlis diadakan di Balairaya Rumah Awam Bukit Beruang. Dekat saja dari rumah aku. Bukit Katil ke Bukit Beruang hanya beberapa minit saja.

Sampai je kami daftar dulu. Tulis kehadiran dan isi nama untuk cabutan bertuah.

Kemudian aku diberikan agenda untuk majlis.

Kami ke khemah dulu sebab mak-mak kita orang ada duduk di bawah khemah.

Ini menu sarapan pagi tadi.

Kemudian acara pertandingan mewarna bermula.

Aku bawa budak bertiga ni untuk serta sekali pertandingan mewarna.

Kakak sepupu aku pun bawa anaknya.

Di luar pula sesi senamam aerobik sedang berlangsung. Pada awalnya mahu juga bersenam aerobik tetapi niat itu terpaksa dilupakan.

Ada juga booth menjual barang.

Ini hadiah-hadiah cabutan bertuah.

Ini adalah VIP. Sementara mahu menunggu acara tamat dan juga ketibaan masyarakat Bawean Negeri Perak.

Usai bersenam aerobik, sukan pun bermula. Aku hanya memerhatikan aje.

Di sinilah port kami bersantai bersama anak-anak sambil melihat mereka bersukan.

Bila anak-anak sudah boring bawa mereka ke taman permainan.

Selesai semua acara semua kembali ke khemah. Tidak lama kemudian, sebuah bas yang membawa masyarakat Bawean Perak pun tiba. Waktu itu lebih kurang jam 10.30 pagi.

Inilah rombongan masyarakat Bawean Perak.

Kemudian semua berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Ucapan daripada Presiden Persatuan Bawean Negeri Melaka iaitu Tn. Hj Hahi bin Salleh.

Kemudian ucapan seterusnya oleh Penaung Persatuan Bawean Negeri Melaka iaitu YBhg. Datuk Hj. Hamzah bin Hj. Bajuri.

Kemudian diumumkan keputusan peraduan mewarna dan Adriana dapat tempat pertama. Seronok dia!

Kami dengan hadiah masing-masing. Bekas air yang warna-warni tu aku punya dapat cabutan bertuah. Kotak yang aku pegang adik aku punya hadiah cabutan bertuah. Ammar berpeel gitu sebab merajuk kakak dia dapat hadiah tapi dia tak dapat. Hehehe..

Tiga generasi.

Nana bersama Obek Ina.

Kemudian kami dijemput makan sebelum bersurai. Menunya menyelerakan.

Ketupat bersama rendang daging dan sambal ikan bilis. Roti boyan wajib adalah kan.

Masing-masing sedang menikmati makanan.

Sebelum pulang kena bergambar dulu bersama sepupu. Muka masing-masing kepenatan. Ini penat menjaga anak-anak aje. Kalau bersenam tadi entah apalah rupa masing-masing.

Bergambar beramai-ramai antara masyarakat Bawean Melaka dan Perak. Aku tak bergambar pun sebab sibuk nak balik. Mana nak melayan anak-anak lagi. Sambil nak balik sempatlah aku amik gambar dia orang ni.

Akhir kata, inilah orang-orang kuat yang menjayakan majlis untuk pagi tadi. Secara jujurnya, majlis tadi memang meriah bagi aku yang baru pertama kali menyertainya. Seronok dapat berkumpul bersama sanak-saudara. Sekurang-kurangnya adalah juga aktiviti pada hujung minggu. Kalau diberi peluang jika diadakan lagi majlis seperti ini insyaAllah, akan aku sertainya lagi. Begitulah entri yang sedikit panjang untuk malam ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart