SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, October 28, 2015

Hasil DIY Photo Booth

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat malam semua. Anak-anak sudah disuruh masuk tidur. Suruh dia orang tidur aku kena ada dalam bilik dia orang. Janganlah maknya berangan nak buat kerja lain selagi dia orang tak tidur. Anak-anak mak kan, tidur nak tengok muka mak, nak bau mak. Jadi maknya kenalah layan dulu. Kalau tak kerjanya ke hulu ke hilir mengikut aku. Lebih-lebih lagi si Ammar.

Baiklah, berbalik kepada tajuk sebelum mukadimahnya menjadi lebih panjang berjela-jela. Majlis perkahwinan adik ipar sudah pun selesai. Seperti yang sedia maklum untuk majlis tersebut aku dan biras telah merancang mahu adakan sudut photo booth dengan candy dessert buffet.

Jadi entri ini aku kongsikan dulu sudut photo booth ilham daripada aku dan juga biras. Berbulan juga kami prepare untuk merealisasikan photo booth ini. Maklumlah masa zaman kita orang belum ada photo booth bagai ni.

Sabtu malam ahad tu kami berdua struggle menyiapkan photo booth. Masa awalan anak-anak belum tidur memang agak huru-hara sikit. Maknya jadi tarzan tu memang biasalah kan. Macam gambar atas ni aku suruh tepi nak amik gambar ada dia kisah.

Permulaan untuk setup photo booth ni. Kami bersengkang mata hingga jam 4.00 pagi.

Jadi inilah hasil photo booth dan guest corner yang kami hasilkan.

Bubble talk yang biras aku buat.

Sudut untuk tetamu. Ada buku tetamu untuk para tetamu menitipkan kata-kata ucapan buat pengantin.

Inilah hasil sepenuhnya. Puas hati dapat buat sendiri. Saje suka-suka untuk diri sendiri. Memang menyeronokkan. Tunggu projek seterusnya sesiapa pula yang nak kawin bolehlah buat lagi. Itu sahaja dulu untuk entri malam ini. Nanti tunggu entri untuk candy dessert buffet pula. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart