SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, October 5, 2015

Seharian Di Rumah

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat tengah malam. Sebelum melelapkan mata aku tulis dulu satu entri. Mahu sejukkan badan. Baru selesai bersilat di dapur menyiapkan bekalan esok. Habis satu entri ni barulah masuk tidur. Anak-anak? Ammar sudah punch out dulu. Kakak Nana ada teman aku dari tadi. Tahan mata dia. Alasan dia tak boleh tidur sebab tak dapat cakap dengan papa. Jadi aku telefonkan asben. Dah telefon papa pun bukan dia tidur.

Okeylah hari ini seharian di rumah. Tidak ke mana-mana memandangkan semalam sudah keluar bawak anak-anak berenang di Kolam Renang MBMB. Hari ini aku bertapa aje dengan anak-anak di rumah memandangkan asben kerja. Jadi kerja aku di rumah memasak untuk anak-anak sambil melakukan kerja rumah. Itu pun tengahari tadi sewaktu menonton Melodi aku bantai tidur.

Jadi ini antara menu-menu untuk hari bersama anak-anak. Sambil tu aku sempatlah cuci tandas aje. Hari ini kepala dok berdenyut-denyut. Mengantuk pun iye jugak.

Sarapan pagi goreng sosej dan telur.

Petang sikit masak cekodok.

Kemudian menu ayam masak kicap untuk makan malam.

Kemudian aku goreng mee pula nak bawak bekal esok. Boleh buat sarapan. Dah masak mee goreng aku dengan Adriana hentam makan lagi sambil menonton televisyen tadi. Begitulah kisahnya untuk hari ini. Cuba menyibukkan diri dan menyeronokkan hati dan diri sendiri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart