SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, October 11, 2015

Program Mewarna

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat petang semua. Baru berkesempatan untuk menulis di sini. Ini pun mencuri sedikit masa. Sekarang tengah sibuk yang teramat sangat. Mana mahu menyiapkan segala persiapan perkahwinan adik ipar yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu saja lagi. Tak menang tangan sebenarnya. Mana yang sibuk menguruskan anak-anak kerana memegang jawatan ibu tinggal untuk 4-5 hari. Hujung minggu barulah dapat melepaskan penat lelah.

Berbalik kepada tajuk di atas, khamis lepas rakan sepejabat bawa sesuatu untuk kami sempena program mewarna anjuran Perbadanan Perpustaan Negeri Melaka. Jadi yang pangkat mak-mak orang ni diberi seorang sehelai kertas untuk diwarna.

Inilah gambar yang perlu diwarnakan dan disediakan sekotak pensel warna. Kena pulang balik bukan bagi terus. Hehehe...

Tengok tu punya bersemangat aku mewarna. Sudah sekian lama rasanya tak mewarna.

Inilah hasil kerja tangan aku setelah sekian lama tidak menjebakkan diri dengan dunia mewarna. Selalu teman anak-anak mewarna kat rumah. Sesekali boleh beli buku mewarna untuk remaja purba ni. Boleh isi masa-masa senggang dengan mewarna pula.

Salam pena,








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart