Wednesday, April 16, 2014

~Menyerah Diri Ke Klinik Gigi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Kembali bekerja setelah bercuti semalam selama sehari.  Tak ke mana-mana pun cuti semalam.  Duduk di rumah sahaja.  Kerjanya makan, tidur, tidur, makan.  Itu jelah yang mampu aku buat.  Memang malas nak buat kerja rumah.  Letih benar.

Okey, kembali kepada tajuk di atas.  Akhirnya aku menyerah diri juga.   Entah datang mana keberanian diri setelah dipendam-pendam.  Aku memang dari kecil penakut cabut gigi.  Itu memang tak dinafikan. Jadi ketakutan itu terbawa-bawa sampai ke tua.  Mak aku kata dah tua ompong pun takut lagi.   Hihi...Teringat masa kecik mak aku cabutkan gigi masa aku tidur.   Bangun esoknya gigi sudah hilang.   Nasiblah adriana tak menurun penyakit penakut aku ni.   

Ini sudah sampai di klinik gigi.  Aku pergi Klinik Pergigian Persona di Hang Tuah Mall.  Memang dari dulu ke sini.   Minggu lepas tak silap aku hari khamis sebelah petang aku minta ke klinik.  Sebab sakitnya sudah tidak dapat aku tahan-tahan.  Mesej asben kata sakit gigi.   Alololo...Manja gitu.  Manjalah sangat.  Laki aku suruh aku jadi kental.  Okey, i kental uolls.  Sebelum ke klinik sudah masuk toilet beberapa kali.  Saje buat lawatan.  Ahaks...

Dalam takut buatlah amik gambar.  Nak hilangkan kecuakan diri.  Masa sampai ada sorang pesakit di dalam.  Lepas dia giliran aku.  Dalam hati menjerit-jerit.   Over betul.  Berapa kali merengek manja dengan laki den.  Tak sakit.  Katanya...Okey aku buat selamba.  Dalam hati hanya tuhan je tahu.  Akhirnya nama aku pun di panggil.  Dan akhirnya selamat kerja doktor itu mencabut.  Keluar dengan senyuman terukir di bibir.  Iye ke senyum? Terus hilang sakit perut tadi.  Itu sahajalah cerita aku dan gigi.   Hihi...Sekian.

Wassalam...

Aku Penulis Picisan, 
Fyda Adim

1 comment:

Unknown said...

teringat suami kita yg liat sgt nak ke klinik gigi utk tampal..hehehe