Wednesday, April 2, 2014

~Menikmati Malam Di Ibu Kota~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua.  Kembali dengan entri ketiga di waktu ini.  Ini adalah entri berjadual yang aku sempat taip malam tadi sebelum tidur menggunakan ipad.  Mata tak mahu lelap lantas ipad dicapai.  Maka terhasil entri ini.

Bersambung entri percutian cuti sekolah kami ke Kuala Lumpur.  Usai solat maghrib, bersiap mahu keluar untuk melihat permandangan malam di ibukota.  Kami keluar bukan menaiki kereta.   Asben ajak naik tren, kereta ditinggalkan di hotel sahaja.

Mulakan di stesen bandaraya.  Turun di stesen hang tuah.  Pergi ke Berjaya Times Square.

Aku bab naik tren ni memang tak berapa arif.  Asben pandai.  Nasib ada download map transit Kuala Lumpur di ipad.  Berpandukan itu aje.

Itu dia.  Menanti kedatangannya.

Kali kedua ammar naik tren.  Dia yang paling teruja.  

Tukar tren untuk ke Berjaya.

Tengoklah anak-anak aku.  Macam-macam gaya bergambar.

Ini sudah sampai di Berjaya Times Square.

Puas berjalan singgah makan di Texas Chicken.

Sedang memesan makanan.

Inilah yang dimakan malam itu.

Selfie tiga beranak.

Siapa yang paling comel?

Inilah tempatnya.

Selesai makan meneruskan perjalanan pulang.

Menunggu tren.  Waktu ini kaki sudah sakit sebab pakai kasut.  Jalan jauh pula.  Sudahlah salah turun stesen.  Menapaklah jauh balik ke hotel.  Aku dengan memikul beg.  Macam hulk hogan.

Akhirnya tiba juga di hotel.  Memang lenguh ototlah.  Balik masing-masing pengsan.  Mahu mengumpul tenaga untuk keesokan hari pula.  Memang sangat menyeronokkan...  Itu sahaja kisah malam itu.  Bersambung kisah keesokan hari ke Ikea dan Kidzania.  Sekian.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim



No comments: