Thursday, April 3, 2014

~Menerjah IKEA~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Update blog dari ipad setelah diaktifkan semula internetnya.  Malas mahu transfer gambar ke komputer.  Dasar pemalas! Kat hp pulak screennya alahai.  Kecil.  Banyaknya rungutan.  Bersyukurlah...

Okeylah, teruskan cerita dengan hari kedua kami di Kuala Lumpur semasa cuti sekolah lepas.  Pagi itu kami rancang ke Ikea terlebih dahulu memandangkan tiket masuk ke Kidzania dibeli sesi petang.  Kenalah isi masa pagi itu dengan mencuci mata di IKEA.  Itu tempat kegemaran aku.  

Jomlah tengok gambar.  Aku ceritakan melalui gambar satu persatu...

Suasana pagi itu.  Bangun pagi jengah ke luar dulu.  Ammar yang selalu duduk tepi tingkap tengok keretapi lalu.  Katanya 'thomas and friend...tut..tut..'.

Sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan.  Sarapan di hotel je.

Ini aku punya.  Makan ni je sebab tak selera lagi masa ni.

Usai sarapan naik ke bilik nak bersiap. Apa kena anak dara ni? Kerjanya merajuk je.

Ini sudah siap.  Bergambarlah kami berdua sementara tunggu lif.

Perjalanan dimulakan.  Ikea, aku datang!

Lalu bawah terowong.  Dekat mana jangan ditanya.

Nampak tak? Aku teruja nampak signboard ni.  Hehe...Macam tak pernah pergi pulak.

Nana ditugaskan bawa begnya sendiri.  Pampers botol susu dia bawakan.

Ammar juga yang free.

Ini sudah ada dalam Ikea.

Cuci mata terapi minda.

Tertarik dengan benda ni.

Cantikkan???

Anak-anak dah yang versi jakun.com alangkah bestnya dapat bilik cantik macam ni.  Pasang angan-angan sudah.

Selesai di Ikea kami terus jalan ke Kidzania.  Park kereta kat Ikea je.  Adalah beli barang sikit kat Ikea.  Tapi yang barang aku capai dulu adalah benda ni.  Tengok...

Warna warni uolls.  Serba lengkap aku beli.  Pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garpu.  Bolehlah bagi anak-anak guna.  Itu jelah dulu entri untuk cerita di Ikea.  Nanti bersambung dengan cerita di Kidzania.  Memang syok.  Aku yang tua ni pun teruja apa ntah lagi anak-anak.  Lebih-lebih lagi nana.  Sekian.

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

2 comments:

siti zuraida Rajab said...

gambarnya mana dik???

Jue @ atanayuiman said...

kak, naper tak keluar gambar?