SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, April 17, 2014

~Aktiviti Hari Ahad~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua...Sila sebut gaya Johan.  Entri pagi ini yang sudah siap ditaip malam tadi.  Gigih mengarang uolls.  Lambat-lambat nanti ceritanya sudah basi.  Huh!! Itu sebab sementara kerajinan sedang berleluasa di dalam diri baiklah ditaip entri ini.

Okey, tanpa membuang masa cerita kami empat beranak ahad lepas.  Asben offday balik dari kerja malam.  Sebelah pagi aku habiskan sebakul baju untuk dilipat.  Nak datangkan mood untuk melipat baju haruslah marathon tengok cerita abang Jebat.  Tahukan drama apa?  Sambil lipat baju sambil layan drama.  Sedar-sedar habis sebakul baju.  Gitulah kekdahnya.  Mood itu penting dalam semua situasi.  Asben cuci akuarium.   Berbulu ler tengok aku yang tak habis-habis dengan drama.  Kikiki...Anak-anak bawak diri masing-masing.  Nana asyik dengan buku nota ammar dengan otomennya.  Fanatik betul mamat tu.  Habis kerja rumah siap-siap.  Lepas zohor keluar..

Saja jalan-jalan ke Kipmart.  Tempat baru buka.  Belum banyak kedai pun.

Kemudian dari Kipmart terjah kedai barangan elektrik kat Batu Berendam.  Nak beli barang.  Adalah dua barang yang dibeli untuk rumah.  Dari sini aku ajak asben pi Romantika dulu.  Ada nak beli barang.  Dapat jugak.

Selesai je terus ke Crystal Bay.  Mulanya nak makan pizza tapi asben ajak makan ikan bakar.

Dua orang lelaki kesayanganku.   

Kakak nana!!  Kuat merajuk minah ni.  Ikut??? No komen.

Suka dengan senyumannya.

Inilah makanan yang kami bedal hingga menyandar kekenyangan.   Puas makan.  Ammar kata "nyangnya perut mar..." Gaya pelatnya.  Itu sahaja cerita kami ahad lepas.  Masa bersama keluarga adalah yang paling berharga.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim




1 comment:

adianiez AIDA said...

aida pun da gi kipmart. terbeli set dapur sugawa tu utk umah baru!!! kan dia ada booth kat pintu masuk kipmart tu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart