Monday, April 7, 2014

~Pengalaman Di Kidzania~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua dan selamat hari isnin.  Mulakan hari ini dengan lafaz bismillah supaya sentiasa dilindungiNya.  Entri pagi ini nak bercerita tentang percutian singkat ke Kuala Lumpur sempena cuti sekolah.  Dua malam je tidur di sana.  Itu pun terhegeh-hegeh nak menghabiskan cerita.  Cerita percutian kat Sabah pun aku tak habiskan hari tu sebab dah meleret sangat.  Malas nak cerita panjang-panjang.  Seingat aku cerita sampai hari ketiga je.  

Lupakan hal percutian di Sabah.  Cerita basi sudah.  Okey, selepas sahaja selesai di IKEA kami terus menyeberang jalan ke Kidzania.  Kereta park di IKEA sahaja.  Masa tu awal lagi dalam pukul 2 macam tu, so kami bercadang makan dulu.  Sudahnya makan di McD.

Jom tengok gambar.

Tak tahu kenapa hari tu aku macam blur.  Order banyak macam ni.  Termengah-mengah nak habiskan.  Sudahnya yang tak habis bungkus.  Bawak makan ke malam.


Apahal mamat tengah tu? Penat!


Selepas makan terus ke Kidzania.  Orang dah memenuhi ruang bawah ni.  Ada yang nak beli tiket.  Nasiblah kita orang dah beli tiket secara online.


Sebelum tu ada persembahan badut.  Adalah dekat sejam menunggu bersesak-sesak kat bawah ni.


 
Ini dah masuk dalam.  Adriana kena beratur sorang-sorang dalam bank CIMB untuk tukar cek ke duit.  Mama dan papa perhati dari luar.  Ramai betul orang!


 
Sampai giliran nana, suruh ammar pergi pada kakaknya.  Terpingga-pingga mamat ni.  Hehehe...


 
Duit yang ditukar tadi.  Ini sudah beratur dekat depan mahkamah.


Ini sudah berada dalam.  Kami di luar waktu ini. 

Selesai di mahkamah pergi pula tempat pos.  Jadi posmen.  Hehehe..


Ini di A&E.  Ada pesakit terbaring di atas katil itu.


Kemudian pergi tempat masak.  Baking kek.


Seterusnya ke sini.  


Nampak tak adriana? Lama juga menunggu masa kat sini.  Aku dan ammar dah melabuhkan punggung.  Penat betul.  Kita orang ada kat sini dari jam 4 petang sampai 9 malam.  Adriana nampak seronok walaupun pada mulanya dia macam takut-takut tapi bila kelamaan nampak keterujaannya terserlah.  Memang tak puas sebab dia tak dapat rasa semua.  Tak apalah lain kali kita datang lagi jika ada kelapangan.  Keluar dari Kidzania kita orang melepak di Dataran Merdeka.  Makan McD yang tak dihabiskan siangnya.  Ammar dah pengsan masa ni.  Tak mahu bangun.  Duduklah kami di tepi jalan menyaksikan malam ibu kota.  Itu sahaja al-kisahnya.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       


1 comment:

Kakzakie said...

Anak-anak memang exited bila ke Kidzania ni Fyda sebab dah boleh berlagak macam cita-cita yg diidamkan. Tak pergi jadi pemberita TV ke Nana?