Thursday, April 17, 2014

~Teringin Nak Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang.  Saja post entri petang hari.  Pejabat sunyi sepi sebab semua tiada.  Petang ni ada pertandingan bowling.  Jadi sangat-sangat boring.  Nak join bowling memang tak retilah.  Setakat main campak-campak bolehlah.  Menghilangkan boring marilah kita update.  Taip surat pun dah tak lalu.

Semua sedia maklum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi tahun ini akan berlangsung minggu depan.  Bermula 24 April hingga 4 Mei 2014.  Teringin! Memang dari tahun lepas nak pergi tapi tak kesempatan.  Jadi untuk tahun ini aku memasang niat untuk ke sana.  Wah macam nak pergi mana je.

Sudah diusulkan pada asben.  Tengoklah pada kelapangan dia.  Kalau asben kerja aku tengok sahajalah dari jauh.  Terjah sajalah kedai buku kat Melaka ni.  Tapi kalau kat sana mesti buku-bukunya ada diskaun kan.  Itu yang aku suka bab-bab diskaun ni.

Kalau katakan dapat ke sana, dah terfikir novel yang mahu dibeli.  Macam banyak nak memborongnya pula.  Tak adalah, adalah beberapa buah novel walaupun kat rumah ada lagi dua buah novel yang belum terusik.  Tak apalah, buat koleksi bila-bila boleh baca.  Antara novel yang aku macam terfikir nak beli,

1) My Indo Chik 
2) Tak Suka Tak Apa
3) Suamiku Terhangat
4) Jika Mawar Pudar Warna - Ini kiriman si Mira Mokhtar
5) Buku untuk Adriana dan Ammar

Itu sahajalah setakat ini.  Kalau aku terjah ke sana dapatlah tengok hasilnya.  Lagipun sudah gaji.  Memang awesomelah.  Kalau nak jimat duit sendiri aku buat muka sepuloh sen pada laki den.  Hihihi...Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          


1 comment:

IeRA said...

salam perkenalan..