Monday, January 20, 2014

~Wahai Suami Mengapa Isterimu Menangis?~


image

Ada banyak sebab yang menjadikan isteri anda mengalirkan air mata dan bersedih. Sebagai teman sekamarnya suamilah yang diharapkan agar memahami situasi sentimental ini dan menjadi tempat untuknya menyandarkan perasaan.

Faktor 1: Hormon dan kesihatan
Hormon isteri tidak stabil terutamanya apabila mereka haid dan sakit. Tekanan biasa menjadi tekanan yang besar dan mampu membuatkan mereka menangis. Cara membantu isteri: Elakkan memberi tekanan kerana mereka lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah kecil menjadi semakin besar.

Faktor 2: Mengurangkan stres dan ekspresi perasaan marah.
Kebiasaannya isteri menghadapi konflik dalaman akibat stres dan marah. Ini berlaku akibat urusan di tempat kerja dan urusan di rumah. Ada ketikanya mereka terlalu penat dan terkejar-kejar. Cara membantu isteri: Tolong isteri menguruskan rumah tangga, mengambil tahu masalahnya di tempat kerja dan bantu dia menyelesaikan masalahnya.

Faktor 3: Luahan emosi
Pemikiran wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka mengekspresikan tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka rasai. Cara membantu isteri: Mendengar luahan perasaan isteri dengan penuh minat kerana dapat mengurangkan tekanan emosinya. Ucapkan kata-kata yang boleh meredakan perasaannya.

Faktor 4: Memori
Wanita pasti ada memori indah dan memeritkan. Dia terkenangkan memori lama yang hanya tinggal kenangan. Cara membantu isteri: Ajaklah isteri beriadah dan melakukan aktiviti bersama-sama supaya dapat melupakan kisah silam yang pahit itu.

Faktor 5: Tanda keinsafan dan penyesalan.
Sebagai seorang manusia wanita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Cara membantu isteri: Membimbing dan memimpin isteri untuk kembali ke jalan yang benar.

Ayuh, lelaki bergelar suami harmonikanlah perhubungan anda dan isteri dengan membuat isterimu ketawa kembali.

Artikel ini diambil dari portal http://ummahbaru.com.






                                                                                                          

2 comments:

Kyla Pearlisha said...

Setuju tu.Sbnrnya bnyk lg factor lain.tp ni yang normal berlaku dlm rumah tgga.

Abil Fikri Ahmad said...

Bukan ke menangis tu hobi pompuan..? hehehehe