SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, January 3, 2014

~Senyum Dan Alhamdulillah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..Barulah berkesempatan nak update blog ini.  Ini adalah hari jumaat yang pertama untuk permulaan tahun baru ini.  Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadaNya.  Sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkahlaku kita supaya tidak disalahertikan.  Ambil iktibar di atas setiap apa yang berlaku pada kita.

Sentiasa senyum walau dilanda dugaan besar.  Tapi kalau aku kelemahan aku memang tak boleh nak sorok-sorok muka aku ni kalau ada masalah memang ketara.  Kena belajar lebih untuk bersikap berpura-pura.  Bak kata seorang teman baik hidup ini kadang kena banyak berpura-pura.  Hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati.  Di mohon sentiasa diberi ketenangan dalam hati kita ini dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Selagi kita masih bersama yang tersayang dan sentiasa disayangi itulah yang paling bermakna.  Tak perlukan benda lain untuk membuatkan diri kita sentiasa tersenyum...Sekian sahaja entri untuk hari ini..Ini adalah entri kedua untuk tahun baru ini...Mood masih lagi hilang entah ke mana-mana.  Nantilah akan dicari.

Sekian....







                                                                                                        

1 comment:

Kyla Pearlisha said...

Senyum xperlu kata apa-apa :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart