Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Salam jumaat. Hari ini terlewat untuk menulis di sini. Sangat-sangat busy dengan kerja di ofis dan sibuk urusan diri sendiri. Urusan diri sendiri tak habis-habis. Pagi tadi sarapan dengan asben. Menyelinap keluar sekejap. Bersarapanlah kami berdua di Ayoob Bistro di Ayer Keroh. Aku pesan nasi lemak ayam. Tak agak-agak kan...Hehehe...Gambar non ado.
Hari ini saja mahu berkongsi mengenai kata-kata ini. Sangat-sangat mendalam buat renungan dan panduan kita. Biarlah mencari teman hidup yang menggembirakan dan menenangkan kita yang boleh menunjukkan kita jalan yang benar.
Jika kita berpegang kepada prinsip-prinsip ini in sha Allah kita akan mendapat keredhaan Allah. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberi kerahmatan dalam kehidupan. Tidak perlu mencari yang sempurna biarlah kita hidup saling melengkapi antara pasangan kita. Itu lebih bermakna. Amin...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment