Tuesday, November 29, 2016

Duit Melayang

Assalamualaikum.

Ada sahaja dugaan yang datang. Sabar. Ceritanya begini. Entah macam mana khamis lepas, telefon aku terjatuh. Sudah beberapa kali jugak jatuhnya. Selalunya boleh diselamatkan. Tak terjadi apa-apa. Tapi khamis lepas jatuhnya memberi impak. Impak pada telefon satu hal. Impak yang paling ketara adalah pada aku.

Rasa nak meraung. Kenapa masa-masa ini kau nak buat hal?Salah aku juga letak merata tempat. Menyesal pun tak sudah. Tapi memang rasa menyesal yang teramat sangat. Aku sudah rancang duit itu mahu dibuat apa. Beberapa kali aku pujuk hati. Sepanjang jalan pulang ke rumah, aku pujuk hati sendiri.

Benda dah nak jadi.

Masa itu juga aku hantar whatsapp kat laki. Mana lagi tempat yang aku nak mengadu. Dia saja yang ada. Mengadu dengan penuh motif. Haha. Mana tahu dapat belas kasihan atau ehsan daripada lelaki yang aku adukan masalah aku itu.

Sabtu malam, aku asak laki aku pergi tanya kat kedai dengan harapan masalah telefon itu tidaklah berat dan tidak memerlukan bajet yang di luar akal fikiranku. Melangkah dengan penuh harapan dan berdoa tidak henti-henti.

Aku bajet-bajet dalam RM50. Mampulah lagi. Tak payah nak mengendeng kat laki. Aku boleh guna duit sendiri. Eksen bunyinya kan.

Sekali tanya, yang tak ori RM180 manakalah yang ori RM220. Kena tukar satu set sebab skrin dia dah bergegar. Entah apa dia sebut rosaknya. RM180 tu lepas nak beli baju baru. Aku balik rumah. Tak terus tukar masa tu. Semalaman fikir dan menghantar permohonan kat laki sendiri dengan alasan-alasan yang kukuh.

Akhirnya, aku gigih menghulurkan RM180 pada kedai. Skrin terang-benderang. Macam telefon baru. Barulah mampu mengukirkan senyuman. Aku siap beli casing baru. Murah saja RM10. Aku memang cari yang murah-murah aje.

Ini casing lama. Lama jugak aku guna. Jadi selamat tinggallah. Untuk merawat hati yang terobek, biar nampak macam baru semuanya. Casing lama sudah aku campakkan ke dalam tong sampah. Sekian luahan di hati. Wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





1 comment:

as samsudin said...

takpe... lapangkan hati...rezeki pasti ada...