SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, November 28, 2016

Aku, Majlis Perpisahan Dan Karaoke

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, pejabat adakan majlis bagi meraikan seseorang yang akan bertukar ke tempat baru kerana mendapat kerja baru. Hari itu bahagian aku iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan adakan makan-makan secara potluck.

Jumaatnya pula hati sendu sebab telefon aku rosak. Nasib baiklah laki aku balik. Jadi aku cilok telefon dia. Pinjam sehari itu aje sebab nak bergambar. Nak dijadikan cerita jumaat tu, bukan aku seorang aje yang bersendu tapi si Myra Mokhtar pun bersendu.

Pagi tu dia datang, aku tegur dia. Dia boleh main jeling aku. Hei, you!Rupanya laki dia kena pergi outstation hari itu. Sepatutnya pergi isnin tetapi last minit dapat arahan untuk pergi hari jumaat. Mahu perempuan itu tidak meroyan.

Kata dia, "Baru aku faham perasaan kau masa kau menangis laki kau kena pindah." Waktu tu, dia bukan main memberi kata-kata semangat.

"Laki kau pergi kerja. Bukan dia tak balik."

Hah, gitulah dia menasihatkan aku sewaktu aku berdrama sendu kat dia waktu itu. Masa itu aku memang kerja nak sendu aje. Asal laki nak balik sana aku menangis. Tambah lagi anak-anak buat drama sekali dengan aku sekali berdrama. Kusut laki aku melayan peel kita orang bertiga.

Berbalik kisah pagi jumaat. Dalam pada sendu, bergambar jangan dilupakan. Senyuman penuh kepura-puraan. Hahaha. Yang tengah tu lagi ikhlas ke tak senyum tu tapi hari tu dia makan banyak. Laki jauh tetap berselera gitu.

Suasana di dalam bilik mesyuarat. Mentang-mentang bawak telefon laki habis aku godekkan untuk bergambar.

Itulah orang yang diraikan. Semoga lebih maju jaya di tempat baru. Rajin menyakat orang-orang kat pejabat.

Makanan sudah terhidang. Aku dan Myra Mokhtar kongi bawak bihun goreng. Bukan kita orang masak pun. Tak ada masa nak masak-masak ni. Order dengan orang aje.

Sebahagian warga BKP.

Menu aku hari itu. Dah makan ni aku amik nasi pula.

Perempuan tu sibuk amik gambar makanannya. Layankan ajelah orang yang sedang bersendu. Dia tak perasan tu aku amik gambar waktu ini. Rasa akulah.

Tengahari jumaat seperti biasa rehat panjang. Aku beritahu Myra tempat karaoke baru. Kebetulan pula ada officemate bercerita kat aku. Dah dia asakkan aku nak pergi sana. Dialog sendu dia.

"Kau bawaklah aku. Aku tengah sedih ni."

"Baiklahhhhh."

Jadi aku dan Nurul menjadi penghibur jalanan untuk dia.

Kenapa perlu berduka kalau boleh bergembira?

Berialah yang dua orang ini menyanyi. Kisah pulak aku. Nama pun bukan penyanyi, suara pun kejap ke laut kejap ke darat. Hahaha. Yang tak tahan petang tu hujan turun lebat siap dengan pakej guruh dan kilat.

Ko rasa?

Bukan salah kita orang. Salahnya sebab kita orang nyanyi dah musim hujan. Tak mahu kalah tu. Hashtag Jangan kecam saya. Hehehe. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart