SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, November 20, 2016

Muncul Dengan Entri Lama

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Ini entri sudah lama tersimpan dalam draf. Memang nak tulis entri ini tapi sebab kesihatan tidak mengizinkan, makanya tersimpanlah beberapa minggu di dalam draf. Sakit mata pula tengok banyak entri-entri yang tertangguh.

Ini kisah sabtu beberapa minggu lepas sewaktu mengikut asben menghadiri jemputan perkahwinan di Wisma Kastam Ayer Keroh.  Masa sedang bersiap hujan turun lebat, jadi kena keluar lambat sikit. Agak dekat nak jam 2.00 petang baru keluar.

Di perkarangan luar dewan.

Aku sempat menjengah ke dalam dewan.

Permandangan di kawasan khemah.
.
Aku dan anak-anak. Tengoklah gaya Ammar bergambar. Macam-macam aksi. Nasib mak kau bukan berkebaya bagai. Kalau tidak entah apa rupa.

Malamnya ajak asben makan nasi lemak ayam kat mamak.

Kemudian pergi keringkan baju.

Malam tu aku melayan drama Suri Hati Mr Pilot sambil lipat baju. Nasib masih lagi ingat apa yang aku buat dengan cerita ini. Selalunya aku kalau tengok drama kat ipad memang tak ada kerja lain yang aku buat iaitu lipat baju.

Sekian saja untuk sesi mencari mood untuk menulis entri seterusnya. Semoga sentiasa ada kerajinan dalam diri untuk hari ini, esok dan selamanya. Tengoklah selama mana boleh bertahan.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart