Monday, November 28, 2016

Sekolah Dah Tutup

Assalamualaikum.

Sekolah dah pun tutup. Jumaat lepas adalah hari terakhir anak-anak bersekolah. Maknanya sesi persekolahan tahun 2016 telah pun berakhir. Aku pun turut terasa tempiasnya. Berakhirlah tugas hakiki aku menghantar anak-anak ke sekolah untuk tahun ini. Memang menghitung hari aje untuk cuti sekolah. 

Bukan apa, tidaklah terkejar-kejarkan. Selain itu, jalan pun tak sesak. Memang mendatangkan stres bila hari-hari terpaksa mengadap kesesakan jalan raya. Itu pun sudah mencuba menukar jalan alternatif untuk mengelakkan daripada tersangkut dengan jammed. Itu pun tidak membantu.

Makin kusut pula. Sampaikan dah tak tahu nak ikut jalan mana. Waktu pagi memang aku kena rushing. Mana nak hantar anak-anak sekolah. Nak kejar masa jugak kat situ sebab tak naklah si Adriana kena tulis nama kalau tiba lewat ke sekolah. Kesian dia. Kalau dia kena tulis nama, aku dihantui perasaan bersalah pada dia. Satu hari perasaan itu menghantui aku. Stres juga kat situ. Ammar masih tadika jadi dia tidak memberat sangat.

Usai hal anak-anak, aku terkejar-kejar pula nak ke pejabat. Tiba lewat merahlah kedatangan kau kan. Hujung bulan kau ciptalah alasan yang pelbagai. Itu memang setiap bulan mesti kena lakukan.

Jalan jammed.
Hantar anak sekolah.

Itu ajelah alasan yang mampu aku cipta. Setiap bulan. Kahh. Suka atau tidak, terpaksa. Berkorban demi orang-orang tersayang sebab aku yang uruskan anak-anak. Sendiri. Pejam celik sudah setahun lebih pun.

Gambar anak-anak jumaat lepas. Sempat aku amik. Itu pun teringat. Naklah ada gambar masa hari akhir sekolah tahun 2016. Tahun depan Adriana sudah melangkah ke darjah tiga manakala si Ammar pula sudah memasuki tadika enam tahun.

Betapa pantasnya masa itu berlalu dan waktu anak-anak meningkat besar, kau akan sedar yang diri kau juga meningkat tua. Waktu-waktu ini tidak akan dapat diulangi. Gunakan waktu ini sebaik mungkin. 

Sebak tetiba.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: