SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, November 9, 2016

Bila Sakit Datang

Assalamualaikum.

Salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hari ini adalah hari ketiga aku mc sejak isnin. Sakitnya sejak jumaat. Sakit macam teruk benar bunyinya. Khamis lepas dah rasa kondem. Balik kerja aku dah terbaring lesu.

Rabunya ada seseorang yang tegur aku. Dia kata muka aku pucat. Aku rasa dia tukang tilik tu. Hehe.

Khamis balik dah kondem jadi bawa ke jumaat. Jumaat tu semangat lagi nak pergi kerja. Eksen kononnya. Ingatkan diri kuat sangat rupanya tidak. Tengahari aku cabut balik sebab kepala dah berdenyut habis. Plan tengahari tu bersama kawan-kawan untuk berkarok terpaksa dibatalkan. Aku berkarok atas katil aje hari tu.

Badan mula panas. Rasa tak selesa mula menghabtui diri. Serba tak kena. Dua hari telan ubat demam yang ada dalam simpanan tapi demam tak juga kebah. Kepala pula pusing. Bukan pusing sikit-sikit bergegar rasanya.

Ahadnya aku pergi klinik untuk cek darah. Takut denggi sebab dah tiga hari demam.

Bila dapat keputusan rupanya haemoglobin aku rendah. Aku memang dah rasa sebab simptom-simptom hb low tu aku dah rasa. 

Pening kepala.
Jantung laju.
Dada berdebar-debar.

Yes.

Itu antara tanda-tandanya. Kalau dibiarkan memang membahayakan diri. 

Sekarang aku consume ubat ini. Nampak gaya aku memang kena makan hari-hari.

Untuk yang kurang darah haruslah makan ubat tambah darah dan makanan tambah darah.

Mungkin penat pun iye jugak. Tiga tahun yang lepas aku pernah juga kena penyakit ini. Masa tu demam then aku ke klinik cek darah, hb low. Memang down habis. Sewaktu itu pula asben aku di medan berliburan di negeri bawah bayu. Konsep laki pergi berlibur bini sakit di rumah. Hah gitu. Dia kursus masa tu kenalah faham. Faham sesangat. Ahaks.

Dah tak lalu nak memandang ubat-ubatan ini. Baru beberapa hari dah macam teruk sangat diri ini. 

Jika dilanda kesakitan, bersabarlah. Kerana Allah sedang mengampunkan kita.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart