SUKA ENTRY DI SINI???

Sunday, November 20, 2016

Bertiga Berjimba

Assalamualaikum.

Ahad lepas, aku keluar dengan anak-anak sahaja. Seperti biasa asben kerja. Bila bertiga, mulalah memikirkan tempat mahu melepak yang paling senang untuk kami pergi. Sebaik anak-anak bangun pagi tu, aku terus suruh mereka bersiap.

Masa tu terfikir nak ke McD sahaja untuk drive-thru. Pasal malas masak. Tapi bila fikir-fikir balik, adalah baiknya aku ke Aeon sahaja. Boleh makan di food court dan kemudian bolehlah melangkah jauh sikit dalam shopping.

Dari rumah aku memang terfikir nak ke Popular aje. Ada buku yang mahu aku beli. Macam biasalah kan kalau ada buku yang nak beli, selagi tak dapat selagi tu hati tak senang. Penyakit betul.

Menu aku seperti biasa. Set teppayanki. Nasiblah gerai tu tak ramai orang. Tak adalah aku menunggu lama untuk dapatkan pesanan aku.

Nasi ayam sorang satu supaya tidak bercekau ketika makan. Beli satu nanti berebut.

Cik kak ni kalau beli satu untuk dia memang tidak pernah habis.

Kalau mamat ni memang tak risau. Dia memang pemakan. Kau hadapkanlah dia apa pun mesti dia makan. Kalau kongsi dengan kakak memang dia tak cukup.

Kami bertiga. Lepas makan, kami pergi Popular. Aku terus dapatkan buku-buku yang aku cari. Dapatlah tiga buah buku. Anak-anak pun beli buku untuk dia orang.

Inilah buku-buku yang aku beli ahad lepas. Buku 'Be Strong' memang sangat menarik. Hasil karya Bonda Nor. Novel-novel tu seperti biasa menunggu giliran untuk aku baca. Kena tunggu mood baru boleh melayan. Sekarang belum boleh memandangkan sedang sibuk dengan tugas yang lain. 

Salam pena,
Fyda Adim


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart