Wednesday, October 26, 2016

Soal Hati

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat petang semua. Hari ini aku cuti. Tak sedap badan. Lagi pun tak ada mood. Entahlah sejak dua menjak ini mood asyik ke lain saja. Tak suka berperasaan begini. Pujuk juga hati ini supaya tidak berterusan begini.

Selagi tak siap misi aku, memang mood tak sampai saja. Lama lagi kut nak siap. Sabar. Berkat kesabaran pasti ada manisnya. Baiklah, aku terjumpa seseorang share gambar ini di FB. Soal hati ini jangan di buat main-main.

Hati sendiri nak dijaga apa lagi hati orang lain. Sekali terluka, pasti selamanya terasa. Oleh itu, kita harus jaga-jaga dengan hati.

Hati.
Perlu dijaga.

Ya.
Hati itu perlu dijaga.
Hati itu akan menunjukkan siapa diri kita kelak.
Siapa kita sebenarnya.
Yang membentuk peribadi kita,
ibarat cerminan diri kita.

Hati.
Jaga-jaga.
Sekali kalau sudah terluka,
pasti selamanya terasa.
Jangan biarkan hati itu menghitam.
Kerana hati itu mahal
Kerana di situlah tempat Allah melihat kita,
bukan pada rupa kita.

Makanya,
Jaga-jaga dengan hati.
Kerana hati itu satu.
Andai hati itu hancur,
hilanglah semua rasa.

Maka,
Jaga-jagalah dengan hati.
Semoga hati aku, hati kau dan kau sentiasa dijaga.

Salam dari hati,
Fyda Adim


No comments: